Si Permata Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, August 31, 2008

merdeka? apa tu...

August 30,
11.02 pm,

Aku dah menidurkan diri.

August 31,
06.15 am,

Aku bgn, tgk henpon, baca mesej2 merdeka from frens. Hmmm... oh, dah 31 August ke? OK.

Merdeka kena sambut ke?

10.00 am,
Layan breakfast dgn family. My two bros ada kat rumah, so kecoh n happening sket masa makan. As usual, Mat Arip akan goreng telur, kakak dia ni duk kat meja, tunggu telur masak smbil tenung nasik lemak panas yg banjir dgn sambal merah. Pedas ni.

11.30 am,
Together with my two bros, pegi Eng Hong beli barang2 dapur. Aku mcm biasa mmg lemah dlm bab ni. Mau beli apa? Amik je la ape2. Ended up masa balik rumah, byk lagi aku blum beli. esok kena pegi smule. haihh

Merdeka kena sambut ke?

Siang layan tv. Tido.


6.15 pm,
Sume gather kat New Horizon, ada family dinner, makan steamboat, layan nasik. Famili aku n famili Achik plus Ema. Riuh tmpat yg kononnye berprestij tu dgn suara2 kami kazen sume yg tak tau malu.

8.00 pm,
Nakik rengek2 nak masuk spa yg ada dr. fish tu. hmm.. last2 sume masuk, kenkonon celup kaki nak terapi. the rest celup tgn je. hihi.



ni kaki Mat Arip. byk ikan mati pasal tercekik bulu kaki beliau.

9.15 pm,
Dua kreta berpecah, ibu2 pegi beli baju raya, muda mudi pergi lepak TC (haihh, korang ni tak pergi terawih ke?)

Merdeka kena sambut ke?

Smpai TC, kami terpegun + ternganga lalu dpn Abg Papet. Manusia ke patung ni? Tak bergerak. Muka tutup ngn topeng spiderman buruk, pakai windbreaker (mcm sejuk je Malaysia ni)

dalam hatiku, biar betul bleh keras camtu. tringat kat Eiffel Tower ada gak org keras camtu, tapi diorang mcm spray badan diorang n keras mcm org kene sumpah jadi batu. yang ni pakai topeng, glove mcm doktor, tak nmpak kulit sket pun, ala2 eskimo pun ada. Mungkin ini Malaysian style.

Kami berlalu. Lepak2, borak2, gelak2. layan kopok lekor + air kelapa. (makan lagi) Lama sudah aku rindu suasana mcm ni.

Jalan2, kembali pada tempat Abang Papet. Dalam hatiku, mudah btol jadi beliau. Malam merdeka, beliau mampu gather orang ramai, berhenti, tgk beliau. Ternganga.

Tak perlu sewa stadium, tak perlu ada polis traffic jaga jalan, tak perlu banner besar2, tak perlu iklan kat tivi, tak perlu pengacara majlis, tak perlu tempat duduk vip, tak perlu pangkat tinggi2 utk duduk tgk dia depan skali.

Modal beliau hanyalah topeng buruk, windbreaker lusuh, kertas buruk yg di laminate, meja kecil, tabung duit bentuk botol susu dan belon panjang utk dibentukkan. Keras beberapa minit. Barangkali paling lama sepuluh minit. Tunggu customer masuk duit, baru bergerak. Semua kagum. Ternganga. Ketawa.



Keras. Ternganga


semua manusia dgn various skin colours berkumpul


Dalam hatiku. WOW!!

Abg Papet berjaya tarik org. Pada 31 Ogos, malam merdeka. TC sebagai saksi, tanpa bayaran utk tgk show. Tiada perbalahan kaum. Tiada apa2 kuota utk rakyat yg ingin berhibur dan mendapat kepuasan yang sama rata. Tiada sebarang reformasi atau kelebihan utk mana2 parti. Semua dpt tgk. Ternganga.

Setelah agak lama di situ, dgn angin malam sepoi2 bahasa kebangsaan. Tak lama, kaum ibu tiba. Kak Miah and her cute baby pun dtg.



Ema bersama Najmi Muszaphar

Merdeka kena sambut ke?

Bagi aku yang susah sikit percaya dgn sambutan setiap tahun mampu bg kesedaran bahawa kita terlalu bermewah dan mudah lupa dgn pengorbanan nenek moyang yg bertungkus-lumus utk merdeka dulu.

Entah.

Adakah dgn adanya konsert mlm merdeka (artis Melayu sahaja) dan remaja-remaja Melayu yg taksub dgn artis2 tersebut mampu kita kenangi sejarah perit jerih nenek moyang kita?
Mana remaja-remaja Cina dan India dan Sikh atau semuanya? Barangkali berada di rumah, menelaah pelajaran (SPM dah dekat). Mereka mesti bertungkus-lumus utk layak masuk IPTA. Yela, kuota utk mereka kan sgt sedikit. Sedangkan cadangan utk buka 10% tu pun dibangkang habis-habisan, bagaimana mereka mahu hidup di bumi Malaysia, tanah kelahiran sendiri?

Tiada jawapan. Soalan Terlalu Subjektif.

Bagi diriku, as Malaysian civilan, cukuplah aku tahu erti merdeka. Cukuplah aku tahu peristiwa penting sebelum merdeka dan beberapa tahun selepas merdeka. Tidak perlu utk membayangi kesusahan, tumpah darah, bom di sana sini, mayat bergelimpangan. Kerna aku tahu semua itu pengorbanan mereka utk kesenangan cucu cicit nikmati. Tanpa mengharap balasan tapi doa kesejahteraan. Death is just a beginning.

Beginning of a new country.
Beginning of a new life.
Beginning of new feeling.
Beginning of new nation.
Beginning of a new true Malaysia.
Beginning of a happier and comfort life.
Beginning of a lovable and caring society without any differences among us.

Yes, we are Malaysians.

Merdeka kena sambut ke?

Alhamdulillah, aku rakyat yg merdeka kerna mereka yg telah memerdekakan aku.
Aku gembira dgn nikmat keluarga yg bahagia, pendidikan yang diterima, sahabat kala suka dan duka, kerja yang halal, semuanya di bumi bertuah ini. Terima kasih Tuhan kerna semua yg telah Kau berikan.

Aku rakyat Malaysia.
Aku manusia bertuah!





2 comments:

wun said...

hei love this story/reminder...
the flow was good..
very nice job...haha.

ainguzzle said...

good reminder indeed.. bru tadik baca tulisan my fren.. he said... "tu la masa skola takmo blaja seajrah lek lok.. skrg duk gado sana sini...." (aku pon tak sallu dpt a) ada gak la sejarah negara yg tak d fahami.. naseb bek amik ben.. kuikuikui..

peace for malaysians!