Maka utk tidak mengecewakan permintaan mereka, mari sama-sama menyelit jom.
Baiklah. Selain saya, mari kita berkenalan dgn ahli-ahli kelab Senget ini dgn lebih dekat.
1. Kak Yuha @ Kak Yuyu @ Darwish's Mommy @ mangsa buli faveret Encik Kiman
Oleh kerana beliau yg paling tua, secara automatik nya dia la presiden kelab kami.
Sangat terkenal dgn Viva Puteh, BJN 7007 (nombor James Bond ok)
Oleh kerana nombor mahal tu, dia suka parking keta kat tgh2 jalan. (ntah mana dia amek lesen dulu)
Anak perempuan tunggal dari 3 beradik.
Slalu citer pasal adik dia, Abas, yg dulunya tak reti sebut 'R'. Dan kerana KakYuha, kami belajar sebut perkataan-perkataan seperti, "Janganlah Mavah, Nak Bevak, Burung Mevak, Wow! Gavang nya akak tu, etc."
Mempunyai anak lelaki yg teramat chomell. Encik Darwish Bin Abg Mat (bukan nama sebenar)
Dia suka benda2 yg comel dan colourful.
Duk sebelah meja ngan Wawa. Buli Wawa 24/7.
Makanan ruji beliau ialah Mc D.
Beliau juga terkenal dgn jolokan Mak Blondie yg hot. hehehe
Seorang ibu yg cam best pasal dia suka sgt beli barang2 mainan kat anak dia, walhal Encik Darwish tak tau lagi nak main caner.
Slalu citer pasal beranak-beranak, turun ilmu kat kitorang. hehehe
2. Farhana @ Ana Kournikova @ Cikgu Garang @ pemilik lesung pipit termahal
Dia ni mmg dah dilahirkan sebagai cikgu. Pasal muka dia mmg muka cikgu.
Bila serius je, muka mmg sgt garang. Kening bercantum siot. Dulu-dulu Encik Kiman takut nak tegur beliau pasal takut kene marah. hahaha
Dia seorang yg comel. Wawa slalu dengki ngn lesung pipit kiri kanan milik Encik Ana ni.
Dia ada chinese boyfriend yg cute. hihi...
Boyfriend dia pun dah jadi cikgu macam dia jugak. (ada jodoh, ada jodoh)
Di kalangan kami (girls only), Ana ialah seorang yg sihat dan segar. hehehe
Pagi-pagi je, atau bila free, dtg kat tempat Kiman, ngn muka comel, beliau ckp, "Hey Kiman, pinjam laptop ko kejap".
Ana, walaupun kau pergi meninggalkan kami demi mengajar di sekolah kat Maran nu, kami akan tetap rindu ko. Takde sape la bleh lawan lesung pipit ko. Cayalah!
Bebila free, turun ah, kite makan nasik kukus ok.
3. Riclan @ Sarip Dol @ Bear @ the-next-KJ-wannabe
Dia ialah org kuat kelab ini. Ada je agenda yg best yg akan dia fikirkan and share ngn kami.
Ricky ni ialah boyfriend kesayangan Encik Kolin.
Diorang berdua sangat la sweet dan romantik.
Di alam percintaan beliau dengan Kolin, beliau dikenali sebagai Bear. Kolin pulak, dia panggil Teddy. Chomell kan mereka.
Riclan ni mempunyai mata yg menawan tapi nakal. Mcm ada je benda dia nak buat jahat.
Dia sungguh suka bicara tentang politik luar dan dlm negara. Peminat Obama ni.
Suka main futsal juga. Aktif la kirenye dlm sukan2 ni.
Cinta Hati Kolin :)
4. Kolin @ Teddy @ Cik Salmah
Bila cakap pasal Ricky, Kolin wajib ada bersama.
Kolin ialah ahli termuda kumpulan ini.
Dia seorang yg sangat pendiam. Tapi bila meletup, nasib la sape yg kena kan.
Sangat adorable, pasal dia ni macam malu-malu gitu.
Dia pandai masak. hurmmm
Kolin teramat suka makan pedas tahap hardcore punya. Makan cili, ibarat makan nasi. Ganas.
Seperti Ana, Kolin juga sihat dan segar. hehehe
Bila berkumpul ramai-ramai, dan bercerita, siapa-siapa punya lawak yg mampu buat Kolin gelak, kami sume akan amazed. Bila gelak, Kolin lagi suke berada dlm vibrate mode. hehehe
Seperti sebelum ni, Kolin ialah Cinta Hati Riclan.
Ingat, Riclan dah booked awal-awal. hehe :)
5. Encik Wawa
Dah tak perlu cerita lanjut pasal minah senget ni, entri sebelum ni, dah buat khas utk dia dah.
Hari ni, kami telah melakukan aktiviti Girls' Day Out. Penat aku melayan dia. Penat juga dia melayan aku.
Seronok kan hari ni Wawa kan. :)
6. Encik Kasturi @ mak-dah-membebel
Kasturi ialah former classmate aku masa zaman skolah2 dulu. Tak sangka ada jodoh kami kat Shahputra ni, jadi cikgu. hehe
Dia anak bongsu dari 2 beradik sahaja.
Sangat suka memasak, dan dia tahu sume resipi masakan!
Expert jugak masak masakan traditional melayu (tamparan hebat utk aku ni)
Dia reti buat nasik kerabu! (agak memalukan bagi kami yg lain yg tak reti buat)
Masih single, sila la cepat2 book minah ni.
Suke membebel bila kitorang buat salah. Kalah Kak Yuha dlm bab-bab parenting. hahahaha
Walaupun begitu, Kasturi ini sgt la blurr. Slalu kena terangkan 2-3 kali kat dia. Kesian. hahaha
7. Muhd Hakiman @ Abang Botak di tengah jalan
Sebagai ahli kelab ini, beliau dikenali sebagai seorang yg suke buli orang terutama Kak Yuha dan Wawa.
Kalau gelak tu, tahap tak hingat donia la.
Suke menyanyi dan dah slalu sgt ajak kitorang gi karaoke, tapi tak penah kesampaian. Nanti ya!
Macam Riclan, dia slalu jugak perasan mahu jadi KJ. ish ish ish
Agak kelakar orangnya, tapi bila dah start membebel kat students, sendiri mau hingat la. Jangan hentikan dia. Biarkan aje.
Perasan handsome. Ish ish ish. yg ni boleh suruh dia hentikan. Tolong la selamatkan dia.
Tall, dark and hairy. Auwww
Abg botak ni, janggut lagi panjang dari rambut.
Tiap-tiap petang akan jadi mangsa Si Wawa utk start kan moto dia.
Gilakan nasi kukus. Hari-hari mesti nak makan.
Ayat feveret dia, "Okeh. Tadak hal la. Apa ada hal. Orait."
Cinta Hati Encik Diana. Ehem, sudah berpunya ok.
:)
Secara ringkasnya, inilah ahli-ahli Senget Club. Sesiapa yg berminat, sila la isi borang dan ambil nombor. Please be seated. You'll be entertained shortly. hehehe
Ini pula, sebahagian dari aktiviti-aktiviti kumpulan yg cam besh ni. Love you guys! muah skali.


ps: KJ bukan bermaksud Khairi Jamaludin. KJ di atas bermaksud Ketua Jabatan.
Pesanan utk kalian. Jadilah pendidik yang mendidik anak bangsa dgn ikhlas. Spread love and knowledge. Share all good things with our younger generation. Cherish love with sincere heart and smile. Doakan anak didik kita agar mereka berjaya dan jadi manusia berguna suatu hari nanti. Moga-moga mereka pula yang akan mendidik anak cucu kita kelak.
We Love This Country!
We are great people!
We are Malaysians!
Yesss... :)
NOTE: Kepada best friends saya, nanti saya akan buat entri khas untuk kalian pula ya. :)


11 comments:
diana!!
best2 entry ko kali ini. sangat suka aku membacanya.
well, frankly mmg aku dah start rindukan shahputra and geng2 senget kita yang lain. jomlah wei...buat get-together. (walaupun korg tetiap ari jumpa kan)
thanks sbb tulis pasal aku dalam entry ko. xde ke gmbr lain yg ko boleh letak. sgt lah tidak sesuai. hehehe....
kirim salam kt kiman ek. ada masa mesti aku dtg kaco korg semua. love u all.
oiiit ana kenaper ko x kimsalam kat aku?huhu
mMG LA BESH ENTRY yana kali ni ..ana asal name ko beutiful lak perasan lawa jer..huhu
mekacih kengkawan ahli senget d club ..kiter ni mmg comey kan??huhu
suke tak? hehe..
kalo ada ape2 yg korang nak aku tmbah, bitau la. aku bleh edit lagi. :)
salah ke aku nak jadi beautiful? dh mmg kenyataannya aku beautiful kan... hahaha...wawa...jangan dengki kay. lesum pipit aku lagi dalam dari ko.
DD... dak kiman tu hi-skool maner dulu ek? kak dira rasa macam kenal... mungkinkah pelanduk dua serupa?
kak dira,
akak tak salah orang.. (harharhar buat diana)
Oh Kiman tu high school musical.
Form 4 kat MRSM PC,
Form 5 kat MRSM Beseri.
adakah kalian satu skolah?
ade bukak cawangan di KL x kelab senget nih?
saya berminat...
ktne boleh saya dptkn borang kemasukan?
kompeni ni kecik lagi. so, kat kuantan je la ada. meh la duk kuantan. kuantan bandar palma tau :)
aiseh...kuantan...jauhla.kecik tapi cool...masih mampu selit2 jika terlepas simpang,haha.
semoga kompeni ini berkembang pesat dan tersenarai di papan utama bursa malaysia di masa akan datang.
cikgu cikgi is the best!!
rsenyer kne reunion blik r sume cikgu dr tadika smp kolej,
rase rindu gler r!
isk3....
(touching)
.
Post a Comment