Dia budak kecik.
Jadi roomate aku yg paling setia selama 3 tahun.
Semuanya bermula dgn,
Aing: Yana, bilik ko ada kosong lagi ak? Aku nak jadi rumet ko bleh?
Diana: Wokeh. Let me come and save you babeh. (betul ke ayat aku ni Aing?)
Bermula dari situlah kami berkasih-sayang. :)
Dia budak yg terkenal dgn kuasa mulut tahap laser jetski. Sound direct punye.
Nampak je kecik ni, garang tak yah cakap la. Hebat.
Dia suka makan tomyam pedas, panas-panas. Sebelum makan, selepas makan akan buat muka excited giler ngn bunyi "Sllurpppppppppppppppppppppppppppppp" sambil jilat jilat bibir ngn rakus. Sebab tu nama dia Aing-guzzle.
Aing- Si Perakus.
Minat H****. Dalam satu tahun tu, tetiba byk plak barang-barang dia warna Hijau. hehehehe
Henpon dia slalu punah. Tapi Aing seorang yg bersyukur. Penah henpon Nokia dia jadi Pda. Sesiapa yg penah tgk, tidak akan menafikan kenyataan aku ini. hehe
Last skali sebelum kitorang abes exam, dia mcm slalu dtg lepak, baring-baring kat katil aku smbil mengerekotkan badannya yg kecil itu. Datang utk bergosip, main-main henpon dan tanpa disangka-sangka dia ter-membalingkan henpon dia dan terhempas dgn sgt kuat ke lantai, dan henpon itu trus rosak. kuangkuangkuang.
Dia ada adik-adik kecik, adik-adik yg lebih tinggi dari dia dan adik yg masih bayi.
Dia anak sulung. Dia kakak yg garang. hehehe. Dia suka cerita pasal Atek. Dia slalu beli barang-barang baru utk adik-adik dia sebelum balik bercuti. Best kan adik-adik dia. :)
Dia juga slalu bawak balik keropok lekor. pastu suh Kak Ani kedai kat HS gorengkan.
Teka dia org mana? :p
Dia rajin buat kad beday kat org. Dia pndai buat benda tu simple tapi sweet. Orang slalu trime kad yg dia buat dgn muka yg gumbira. Trima kaseh Aing. :)
Dia suke main game. Biar tak mandi, asal game dpt highscore. 3 tahun lepas punya puasa, dia main game zuma smpai tak pegi terawih. hehehehe
Dia suke dgr music kuat-kuat. Dia paling suke Good Charlotte. Dia suka Billy.
Dia suke poem. Dia pandai tulis poem. Poem dia best2.
Dia pndai benda-benda berkaitan komputer. Sebab dia blaja dari L***
Dalam diam, dia cinta L*** :p Camne saya tahu? Sebab dia bagitahu. hehehe
Dia juga suka tgk anime Jepun. Tahap kipas-susah-mati dah minah ni.
Pagi Sabtu atau Ahad, mcm aku, dia bangun lambat. Agak-agak dah kul 12 tu, masuk bilik aku ckp, "Yana, jom gi beli nasik". Iya, kami makan lunch tanpa mandi dan gosok gigi. Turun ke cafe dgn bersarung tudung dan sweater aje. Makan di bilik aku atau biliknya, tangan kering, duk bercerita itu ini smpai la org azan Zuhur, baru kami pergi cuci tangan. ish ish ish. tak senonoh betul mereka berdua ni. Rindu kan saat itu... hmmmm :)
Dia kata lelaki yg memasak itu sexy. auuwww
Dia, pendengar yg best. Pemberi komen yg best juga.
Dia, membenci org yg aku benci. Yeah... hehehehe
Dia, firasatnya slalunya sama mcm aku. Otak jahat la katakan.
Dia, tidak suka Kucing dan keturunan kucing.
Dia seorang yg rajin. Bersungguh-sungguh. Berinovasi. Idea slalu kreatif. Kalau nak tahu pasal sesuatu benda, mesti korek sedalam-dalamnya
Dia, seorang yg kecil tapi mempunyai kapasiti ruang mulut yg luas. Dia boleh masuk fishball banyak-banyak dlm mulut dia dan kunyah. Dia mmg suke show off yg tu. hahahha
Dia suke ngumpat ngn aku dan Sopi. hahaha
Kalau dapat duit blanje lebih, dia mesti nak blanje kawan-kawan makan.
Dia pakai tudung ke depan.
Malam-malam sebelum tido mesti dia tempek bedak sejuk. Ingat lagi kite buat vidoe clip tu Aing? Best kan.
Dia kecik. Dia suka duduk dalam posisi yg org lain tak boleh buat smpai penah satu hari di rumahku, Umi takut tengok dia mengerekot.
Dia, chat buddy aku yg boleh layan aku chatting smpai subuh.
Dia, ada byk cerita hantu. Ingat lagi kenangan bilik kitorang "dikacau". Hishh... Seram. Seram.
Dia boleh panjat tangga nusaibah tanpa stop. Dia memang hebat. lagi-lagi kalau dah malam dan rasa seram.
Kami pernah panjat pagar hostel pasal takut kat anjing. Potong stim je anjing tu kan Aing kan, kite baru nak feeling-feeling, sedih-sedih. heheheh
Lagu tema kami berdua ialah lagu "Bad Day".
Dia silent supporter aku. Dia sangat banyak tahu pasal diri aku.
Dia juga kaunselor tak berbayar aku.
Dia best. Aku bersyukur dia kawan baik aku.
Biar la org kata kite skema pun, biarlah org kata Pakcik Umar dan Pakcik Haja tu cikgu yg boring, tapi kite suke mereka kan.
Biarlah kite pakai tudung kecik, baju kecik, duduk tak senonoh, gelak kuat-kuat, diorang mesti jeles kan.
Biarlah kat dlm Gemilang, orang kata kite bajet best, giler kuasa, sumbung, pilih bulu, biarlah org kata kite macam-macam pun, tapi kite hepi kan. Sebab kite dah mmg best, diorang nak kata ape.
Biarlah masa Rendezvous tu org takut, nangis-nangis, sakit hati, rasa seram sejuk pasal kite buat surprise yg sgt kontroversi itu, dibenci oleh mereka-mereka yg dengki ngn kita, yang penting objektif kite tu tercapai kan. Aku takkan lupe kenangan tu. Whoooaaa..... tepuk-tepuk.
Sangat banyak pasal dia dan mcm-mcm benda yg aku nak share pasal budak kecik ni.
Apa-apa pun, Selamat Hari Lahir Sayang. Aku sayang Kau!
muah muah satu badan!
Ini ialah antara kenangan-kenangan manis ku bersamanya. :)



12 comments:
Yups... U r rite... Walaupun minah nie agak kuat me'lazer'kan orang sampai orang2 tu hangus dibuatnya, she still da best... Dia patut menang The Best Games Downloader Awards.. Hehehehehe. She still da best... Miss her too... Dah taderk jiran yang bley tanya haku "Kak Dira nok download game ndaper??"
Muahhahahaahah
ohho.. itu kerja dia di tmpat kerja ye. repot kat puan! hahaha
sayangnya kak d kat kak ain.
i wish ada kawan yg syg fi mcm tu.
akak, semoga sentiasa bershokshekdgn kak ain n geng2 lecturer di sana.
love u. i'll support u. muah.
semek D,
wah. saya terharu (tp apsal byk sgt gambo aku-malu i)... dan (byknye gamba kite bersama.heh)..
sapa H? sapa L? Aku tak kenal mereka.
apa pon sy sgt terharu
sehingga sy termangu-mangu
sebelum saya berlalu
saya rasa sesuatu
saya rindu kamu!
kak dira,
kamu rindu saya ye. sy rindu kamu jua. takleh da nak ngomel psl gossip games. huhu
semek fifon,
setudy jgn dok shokshek jer.. *wink wink
sesungguhnya sangat byk gmbar kite bersama, ingat kan mahu upload sume, tapi terlalu banyak, jadi saya amek random je.
H? L? elelelele.. buat-buat tidak tahu pula dia. hahaha
iya, aku amat rindukan kamu sahabat!
Haha. Aku mmg tak kenal sapa L ngan H tuh.. kekeke..
wohoho.. jumpe nanti aku nak ko belanja yer psl ko keje aku lak da tak keje... jupe d KL
aku reveal bukan nama sebenar mereka karang, baru ko tahu. kang, buatnyer H dan L tu baca my blog, haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
yg pasti aku tau sape encik H dan encik L..ko nak aku bagitau ke aing?!!hahahahaha...
yeah.. reveal je nama2 jejaka idaman aing tu. hehehe
hoho. komplot eh korang. reveal la. aku mmg tatau. sapa yer. cud b Harimau. cud be Limau. kekeke
haih.. mane la aing ni blaja berdalih-malih ye... encik dadidai, boleh la kalau anda mahu reveal sape jejaka H dan L itu....
ko ternampak encik H yer. Hahaha. Kalo dia tego ko memang dia totally mereng haha. oleh kerana dia waars msti die kontrol jer time nampak ko. wahaha. pelik. aku tak berdebo. ko dah tolong berdebo kot. wakaka
Post a Comment