Si Permata Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, September 11, 2009

Pertunangan

Salaam Ramadhan Kareem.
Alhamdulillah, hari ni dah 20 hari puasa. Kalau tak silap kira la. Awal pagi bersahur dgn keluarga, alhamdulillah, walaupun minum milo dan celup roti dua keping, dah cukup utk tenaga seharian ini.
Pagi-pagi lagi jaga budak exam. Lepas tu trus ke auditorium, utk dengar khabar gembira dari majikan. Alhamdulillah, ada rezki, pihak majikan bagi kuih raya tiga bekas tiap sorang. Dapat duit raya lagi tu! wohoo!! Alhamdulillah. Sangat la hepi kan. Lagi plak tgh nak pakai duit segala. Tengahari pergi kedai umi nak gi pilih design pelamin. Oh, indahnya pelamin anganku itu.
Balik smula ke kolej dlm keadaan yg sgt panas, jalan plak giler jem! aduss.. jarang la Kuantan nak jem lama-lama mcm tu. Tapi takpe sebab aku hepi je. Siap nyanyi lagu raya kuat-kuat lagi.
Oh, sesampai kolej, ada coordination meeting plak. Hmm.. sebab hari yg panas, aku dah terlelap sebenarnya masa meeting tu. Oh! Hebat tak, aku leh terlelap sambil mata terbuka. Alhamdulillah, mata sepet ini tolong cover aku. hihi

Setelah mengalami proses kebahagiaan dan kekecewaan maka, insyaallah preparation dari segala sudut terancang rapi. Semua lah. dari mini goodie basket, hantaran, cincin, hadiah-hadiah, makanan yg nak menjamu orang, tarikh yg clash dgn sepupu aku nak kawen, persediaan rumah dan family, adik-bradik sepupu sepapat, dan insyaallah bonus yg dijanjikan tadi akan masuk besok, hmm.. semoga dgn izin Allah, hari tersebut akan menjadi nyata.

Jadi di sini, saya berbesar hati nak jemput korang semua datang lah ke kediaman ibu bapa saya di Taman Guru, Batu 4, Kuantan pada hari Khamis, raya ke-5. Majlis start pukul 2-3. Bincang-bincang, sarung cincin, semualah. Waktu makan pula selepas itu sampai jam 6.

Kalau anda nak datang utk pihak perempuan, pakai la baju merah. Kalau utk belah Hakiman, pakailah baju purple. Kalau anda pengundi bebas, sila pakai baju raya ye. So much love in the house baby!


Ucapan kepada encik bakal tunang:

U, thanks a lot sebab banyak sabar dgn I. Betul ni U nak jadi tunang I ni? Nak kawen dgn I? Tak nyesal eh? hehe. Gurau je. Insyaallah penyatuan rasmi ni, akan bawa kita ke jalan yg kita impikan. I harap sgt sume akan ok after all of the things that happened lately. Semua tu mungkin Tuhan nak uji tahap mana kita sabar. Tak sabar nak dapat cincin ni. hehe. I love you! :)

Kawan-kawan semua, jemput lah datang ya! Boleh tgk saya melaram dan bermekap! wah... Tak sabarnya nak tunggu raya tahun ni. heee...

Semangat nih! :)

5 comments:

wahyun said...

diucapkan "selamat menjadi ahli kelab 'cincin belah rotan'" yek..
musim2 nak raya nih pun rancak gk org2 masuk kelab belah rotan nih...haha!

semoga selamat hingga ke jinjang pelamin, selamat jua hendaknya hingga ke anak cucu...amin!

diana ghazali said...

trimas2. tapi i tak pilih cincin belah rotan. bakal cik abe bagi cincin diamond gituu. auww.. hihi. thnx for the wish. i'm signing up for the club! hihi

Zahirah said...

tahniah kak yana....i'm so happy 4 u...

semoga hubungan berkekalan dan diberkati oleh Allah... Amin :)

FFMS said...

Tahniah, Kak D!
Abg Kiman mesti xsabar!

diana ghazali said...

dia tak sabar nak kawen! haha