Laporan terkini.
Ini ialah laporan terbaru yg kami terima.
Diana dan Hakiman telah selamat mendirikan rumah tangga yg mereka impikan selama ini. Alhamdulillah. Lepas syawal nan lalu, mereka bernikah, dan sejurus kemudian, suami Puan Diana, Encik Muhd Hakiman telah membeli sebuah rumah untuk mereka duduki bersama iaitu di Inderapura (bg mereka yg di luar kawasan Kuantan, tempat ini benar-benar wujud tau. Bukan tempat khayalan kisah putera puteri dongeng masa kini ye)
Kisah hubungan cinta mereka bukan lagi perkara asing bagi warga tempat pasangan ini bekerja malah ia juga mewujudkan beberapa khabar angin yg kadang-kadang direka cipta oleh mereka-mereka yg begitu rajin bergosip atau pun ingin menambah perisa gosip harian mereka. Besar kemungkinan tersirat perasaan dengki atau cemburu.
Pasangan yg telah melangsungkan perkahwinan ini, langsung tidak menjemput seorang pun rakan sekerja untuk ke majlis mereka, malah mereka seolah-olah ingin menyembunyikan status mereka yang terbaru. Ada beberapa sumber juga mengatakan, mereka ke tempat kerja dengan kenderaan yang berasingan untuk menutup bukti bahawa mereka telah tinggal bersama. Taktik ini kemudiannya disangkal oleh pihak lawan yang pada mulanya tertipu malah terkeliru.
Pihak kami juga telah berjaya menghantar seorang wakil dari balai berita untuk membongkar kesahihan status pasangan ini. Wartawan kami yang menyamar sebagai salah seorang teman rapat melaporkan:
Kawan: Eh, Man. Aku dengaq hang beli ghumah kat Inderapura. Betui ka?
Man: Hah? Mana hang dengaq ni? Duit pun tak cukup lagi, nak beli ghumah lagu mana?
Kawan: Dak la. Aku dengaq hang dah menikah. Pastu dah siap beli ghumah kat situ. Ni aku nak tanya ni. Hebat hang naa
Man: Aku dah menikah? Bila masa? Pas raya baru-baru ni, aku bertunang ngn Yana tu. Mana ada menikah...
Kawan: Lorr... Aku duk dengaq depa suma duk bercheghita pasal hang. Terkejut jugak aku, takkan la Kiman ni tak jemput sapa-sapa pi kenduri dia. Tak mungkin.
Man: (ketawa) Takkan la aku nak sep sampai tak jemput hangpa mai kenduri aku kut.
Kawan: Tu la. Aku pun duk pikiaq, takkan Man wat lagu tu. Hmm.. Tapi mmg depa ni duk ceghita la hang dah kawin, beli ghumah bagai.
Man: Insyaallah, ada rezeki, tahun depan kami menikah. Aku letak banner besaq jemput satu kolej pi makan kenduri.
Mereka pun tertawa bersama.
Sekian, berita terkini.
p/s: apa punya kabar angin daa. Lagi klakar bile sampai smula kat telinga kami. Harharhar. Rajin kan mereka buat cerita. Tulis buku la babe! Buat duit, baru berbaloi-baloi!!

3 comments:
laa..tak kawen lagi ke...tipah tertipu la ni ye..hehe
mane gambor2 tunangnye?
sudah upload kat facebook. lihat di sana aja :)
Post a Comment