Si Permata Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, May 5, 2010

B@b!

Memang aku nervous giler aa smlm sbb hari ahad malam tu balik naik satu kete dengan Si Bard dari KL balik Kuantan. Si Bard tu dah soseh soseh, lemas hidung katanya, tak berapa tahan duk dalam air-cond lama-lama. Tengok-tengok isnin dgn selasa sampai semalam dia tak dtg keje. Dah mcm2 spekulasi jadi kat Bard. Kesian dia. Rupa-rupanya dia kene tahan kat hospital sebab H1N1... aaaa.. aku yg sehari sebelum nya tu dah la cirit-birit, pastu pagi semalam mcm sakit tekak je. By the time ayah cik ckp Bard kene H1N1, mak aihhh.. terus dupdapdupdap dada aku ni.. Tiba-tiba je rasa sesak napas. ape lagi... Trus google la kan tengok ape simptom-simpton nye! (dah takut baru nak menggelabah) siapkan keje mana yg patut trus rempit gi Poliklinik Beserah nak check.

Isi borang ape yg patut, nak rush masuk bilik doktor, abg nurse tu kata, "Eh! saya belum tembak awak lagi!"
Aku terpinga-pinga. "Hah???"
Dia pun 'tembak' dahi aku. hahaha.. hampeh tol.. nak check temperature rupanya. Ada ke patut dia ckp nak tembak aku.

Masuk je bilik doktor, macam-macam la yang dia tanya kan. Check itu check ini, pastu suh aku nganga. Tengok-tengok tonsil aku bengkak. Oh, dia kata kalau tonsil bengkak, bukan H1N1, sbb kalau H1N1 tonsil tak bengkak punya. Pastu aku tak demam dan selsema, which is a good sign lah. Fuhh.. lega hati mak.

Trus call umi bgtahu result. hehehe.. Sebelum tu bukan main menjerit-jerit lagi umi bila aku ckp Bard kene H1N1.

Alhamdulillah... Jadinya kawan-kawan, tgk je ada simptom trus pegi check. Kalau kat Kuantan, pergi je kat Poliklinik Beserah tu. Layanan bagus, cepat, mesra, teratur cuma jgn terkejut je kalau dia kata nak tembak korang. heh!

Waktu perjalanan balik opis tu aku berpikir la. Camne nak kuatkan imun badan ni. Kena minum susu lah.. Aku teringat, kat info cakap,

Kalau org tu dah dijangkiti, tapi dia tak tahu pun dia ada virus yg tgh aktif kat badan dia, dia pun boleh sebarkan virus tu. bahaya kan. Tapi kalau orang yg makan babi, dia takkan kena selsema babi ni.
Tapi kalau orang yg slalu maki hamun cakap babi camne lak? Agak-agak dia akan kena tak selsema babi? huuuu~

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah kak dia xde apa2.. hehe. nnti kena h1n1 tak dpt plak nk kawen.. jgn kak dia.. haha.

Aah.. poliklinik beserah mmg bagus. cepat pun cpt. Wani dulu pun slalu g situ dgn mama.

Hahaha. klu yg gelarkan org lain babi mcmana plak? rsa2 kena tak h1n1? :))

Radin Fadli said...

good for you.kalau suka maki hamun orang babi, tak dapat h1n1, dapat dosa jer kuikuikui.
Tapi kuantan sekarang bahaya, haiwan peliharaan boleh terlepas masuk kedalam cafe2 di sekitar kuantan,anjing,burung dan sebagainya.berjaga-jaga nanti kena selsema burung atau selsema babi.
Paling bahaya babi yang gemuk dan pendek...keh keh keh ada spesis yang lain ker?