Si Permata Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Friday, July 16, 2010

Part 1

Macam yg korang dah tau, aku kelam kabut kat umah 2 minggu sebelum majlis. Yang pasti bukan aku sorang lah, satu rumah tu ha sibuk buat persiapan akhir. Umi plak last minute baru dapat idea nak buat beg isi door gift. Kalau korang pegi majlis kat Vistana tu, yg door gift beg plastic tu la yg kitorang duk sibuk sibuk buat 2 minggu akhir sebelum majlis. Huuu… balik je keje, mandi makan then trus ngadap benda tu. Banyak wooo… tapi sayang banyak gak tak abes nye masa hari majlis sebab Umi ckp dah lupa nak bagi. Ramai sangat nak entertain orang datang.

8 Jun 2010

Wah… masa ni orang dah mula ramai datang rumah. Rumah pun secara otomatik terkemas dengan sendirinya. Aku kalut lagi sebab hantaran aku tak siap lagi, boleh tak? Konon nak letak bunga hidup jela atas dulang. Hehe.. family Kiman pun dah ada sket-sket sampai Kuantan. Macam biasa bila dah last minute gini macam-macam la yang tak cukup kan. Aku rasa aku still lagi pergi Small Garden kut beli barang. Pastu pegi Cowboy dapatkan segala macam barang yang tercicir and lupa nak beli.
Tengahari tu, balik umah dengan kelaparan maka ingin masak. Sedang elok goreng ayam, tak penah-penah pun nak meletup, dia pegi meletup la pulakkkk… terpercik la kat jari sket. Mak aihhh… Orang tua-tua dah pesan, jgn duk main pisau ke, masak ke, masak air ke time dekat-dekat nak kawen… fikiran tu ke lain pastu mulalah careless kan. Terus letak minyak cepat-cepat. Tgk ape dah jadi kat aku. Korang kalau nak kawen nnti, JANGAN MASAK!! Kalau lapar sgt, rendam je megi, takpe.

9 Jun 2010

Besok nak kawen dah niii… Inai nasib aku dan pakai 2 3 kali seminggu sebelum, at least tak la nampak comot nnt bila majlis kan. D’Nora Collection and crew pun dah datang pasang pelamin utk aku dan Kak Ja duduk time akad nikah nanti. Wahhhh… bila tengok pelamin mula la rasa berbunga. Ye laa dah penuh dengan bunga kan. Hehehe.. Suke Suke. Tengok ke hasil tangan Kak Nora dan anak-anak buah dia ni mmg dah pro la. Senyap je buat keje tapi laju je dorang hias. Cantik lak tu. Bagi aku, aku puas hati la kan. Umi dah macam lipas kudung dah kat umah. Geng-geng tukang masak dan anak-anak mereka iaitu family kitorang gak dah mula datang dah. Rumah mmg sgt happening time tu. Terhutang budi btol dengan mereka-mereka ini. Sangat meriah. Betul la orang cakap, time nak kawen ni dah jadi mcm family reunion plak. Budak-budak la yang paling hepi. Tiap kali nampak je ada yang dekat dengan pelamin mesti ada mando tukang jerit,”jangan main kat situuuuu!!!!!” hehehe… abes la bunga-bunga tu karang jadi layu kan. Huhu.. kids, ckp sekarang lima minit pastu lupa la.. hehe
Anak-anak dara lain sibuk dah kupas bawang segala mcm tu, aku pun nak la nolong Uwan. Uwan siap halau aku lagi tak bagi buat. Takut terluka plak jari kang. Camno?
Malam tu pas makan, aku ngn Kak Ja tadah tangan je nak pakai inai yg last punye. Bungkus-bungkus gitu. Siap balut ngn salotape takut meleleh air inai tu. Baru la I tahu kene wat gitu. Patut la inai orang kawen cantik je kan. Hehehe… uwan punya la suh taruk inai keliling tapak kaki which aku, kak ja, and Mit Tang rasa dah tak ikut trend muda muda masa kini. Tiap kali Uwan datang je suh letak, macam2 la alas an kitorang buat. Hehe. Bukan ape, takut comot je.. huhu.. benda tu plak tahan seminggu lebih kan. Sebab aku kalo nak buat camtu, aku nak lukis-lukis tu tapi umi tak bagi. Pastu mula la mitos pasal inai ni keluar. Orang dulu-dulu kata kalau inai pengantin tak merah atau oren-oren je maksudnya dia dah tak dara dah. Pastu mak andam dan juga orang-orang tua tau tengok pengantin tu dara ke tak melalui tapak tangan la, kening la waktu nak mekap tu takpun intai tapak kaki. Pandai je nak tilik-tilik kan. Hehe.. takleh ckp gitu, pengantin skrg ramai yg bekerjaya, tak sempat dah nak tumbuk-tumbuk inai daun, beli yg picit je. So, tau-tau je benda dlm plastic ni, kadang-kadang tak merah kan. Jgn lak pasni ada yg nak kawen sampai taruk sirap kat inai plak sbb nak tutup ketidakdaraannya ye. Huuuu~~ macam yang aku ckp kat cousin aku Adilla, I’m proud to get married as a virgin. Heheh. Maka, keraslah kaki tangan kami pada malam itu. Well, orang nak kawen kena duk diam je ok. Nnti kang terpercik minyak panas mcm dah jadi kat aku semalam. Huuu…
Malam tu jugak, Nana sampai bersama Mikha’el yang ensem. Dah besar dah anak dia. Malam tu tido sama-sama sama macam waktu dia nak kawen 2 tahun lepas. Bezanya time aku pergi dia kawen tu, aku keje kat tenganu. Flight plak yang paling last. Sampai je umah dia, makan-makan, pakai kan inai kat Nana, konon-konon nak ukir la bunga-bunga tapi bunga aku lukis jadi bentuk ikan paus. Apakah!! Malam tu, aku dah flat habes, sedap je aku tido malam tu. Hahaks. Dorang lak pegi pacak-pacak sign utk majlis kawen. Huuu…
Kata je nak tido, tapi hati sangat lah berdebar.. aku rasa tiap jam aku terjaga malam tu. Seriyes tak leh nak tido lena pun. Rasanya masuk bilik pukul 2 lebih dah, borak2 dalam gelap mau ke pukul 3 agaknya. Guling sana sini, dapat la selelap. Besoknya dengar orang azan trus takleh nak tido dah.

10 Jun 2010

Pagi-pagi lagi siap-siap mandi, Umi kelam kabut nak gi pasar nak beli santan. Orang lain sume sibuk takde yg bleh teman umi. Aku pun volunteer la sbb aku pun mmg nak amik bunga segar dekat pasar. Maka pergilah kami ke pasar. Geng-geng pasar umi terkejut nampak aku kuar pegi pasar jugak. Katanya pengantin takleh kuar umah hari nak kawen, nnti hilang serinya… Haihh.. dlm hati aku, dah tu sape nk hangkat barang-barang tu nnti. Dah le umi sorang. Huuu.. dah dapat ape yg nak, orang kedai bunga tu tak bukak pulak lagi…. Aku call pukul 8.30 tu dia baru nak mandi. Aaaaaaa…. Apekahhh.. Umi bg idea, takpe, pegi amik Aunty Yoh dulu kat Vistana then baru ambik bunga kat pasar.
Maka pergilah kami ke Vistana. Dalam kul 9 lebih tu call orang kedai bunga tu lagi, dia ckp dia baru nak siap-siap pastu kena gi hantar anak dia tusyen pulakkk!!! Haihh.. aku mmg takkan beli dah la kat kedai ko pasni. Orang nak cepat, dia sedap je bukak kedai lambat. Last week ckp kul 7.30 am dah ada kat pasar sebab bunga baru sampai. Aku mampu hmmmmmmmmmmmmmmm je la.
Balik umah dgn santan dan beberapa barang. Rumah dah pack dgn orang! Aroma gulai sudah dapat dikesan. Meja pun dah siap susun kat khemah. Mujurlah buat majlis akad nikah je kat rumah, kalau tak mesti tahap kelam kabut double triple dari ni. Aku naik atas tgk orang tengah pasang tiang tepi katil. Wah!! Siap ada kain-kain putih dgn butterfly mcm dalam fairy tale laaa… Suke suke.. Hias bilik sebenarnya tak termasuk dlm pakej tapi Kak Nora suh abg dia datang hiaskan katil Wow.. I like. Pagi tadi aku kuar umah bilik sepah lagi, baru kuar beberapa jam bilik dah transform jadi wahhh gitu.
Tau tak ape yang aku lupa di hari aku dah nak menikah ni? Lupa beli buah nak letak atas hantaran!!!! Kak Jap u lupa. Kebetulan adik nak kuar beli ais, aku pun tumpang la sekaki nak singgah Giant beli buah segar and amik bunga kat pasar.
12.15 tgh
Total semua masa adala dalam sejam lebih. On the way balik rumah, jam dah pukul 12.15 tgh, Kak Ja call suh pegi Kamdar beli cadar. Whattt?? Aku balik gak, aku tak kira. Sampai je rumah, aku tgk bilik dah siap. Tahap kelajuan pejalan kaki dalam rumah semakin laju. Orang Taman Guru ada yang dah mula datang rumah sebab ingat majlis makan tengahari start pukul 12. Tapi lauk tak siap lagi.. apakah apakah… Aku kelam kabut masuk umah dgn barang-barang nye, dgn bau pasarnya. Jiran dan sedara mara belah tenganu yang dah sampai ternganga tgk aku. Mau tak terkezzutnya, pengantin masih keluar rumah lagi padahal nak nikah pukul 5 sat lagi nih! Muka pun selekeh serabai. Huuu… aku lari naik bilik, tgk katil fairy tale dah siap tapi cadar je takde. Last resort, Nana terpaksa keluar mencarinya. Bukan takde cadar, memang dah siap beli, tapi bila siap deco tu, rasa mcm cadar tu tak naik plak kaler dia. Thnx a lot Na and Kazuki, wahhh.. korang rempit pegi Bandar ye. Alhamdulillah, dpt lah cadar yg diingin kan di Kamdar. Mujurrrrr… ada la sorang dua naik atas nak tgk bilik pengantin dan pengantin sekali. Aku penat tak hilang lagi, pegi lari masuk bilik Umi. Tgk abah tgh siap-siap ensem ensem. Baru lepas mandi, nak pakai baju melayu. Abah ckp dia nerves. Hehe. Aku bleh je rilex lagi. Biasalah, first time jadi bapak pengantin kan. Aku rasa saat tu sgt priceless moments dgn Abah sebelum aku kawen. AKu tgk je dia bersiap dalam bilik. Chit chat pasal kenduri dgn dia, aku rasa aku nmpak muka Abah sgt tua. Ntah nape, rasa mcm haruuu je masa tu. Pastu Abah nak pakai sampin. Aku tolong pegang. Abah ckp lama dah tak pakai sampin. Aku pun ckp, yela dah lama tak kawen, lupa la nak pakai sampin camner. Haha. Abah gelak besar. Betullah, tiap kali raya, abah mana penah pakai full suit baju melayu, mesti pakai suar slack punye. Siap pakai sampin, tlg butangkan baju melayu abah pulak. Masa tu aku rasa sayang sangat kat abah. Banyaknye dia dah berkorban utk kami satu keluarga. Nak je aku ckp aku sayang dia sangat-sangat tapi tak terkeluar. Tapi aku rasa dia tahu. Sebelum dia turun keluar bilik, aku peluk abah kuat-kuat pastu cium pipi dia. Aku tahu abah pun mesti rasa nak ckp sumthing tapi tak tercakap. Nampak mcm mata mula nak merah. Aku cepat-cepat suh abah turun, sbb kat bawah dengarnya mcm orang dah ramai yang datang. I love u abah, aku ckp dlm hati je.

Pukul 1.20 ptg.

Ok. Majlis makan makan jamu jiran tetanggga dah mula. Taktau lak aku ramai yang naik atas nak tgk pengantin!! Pengantin tak siap lagiiii…. Sedara mara jauh pun naik nak tgk pengantin. Leh imagine muka aku dgn Kak Ja macam mana time tu? Serabai tahap max I tell you. Baru susun buah-buah and bunga bertuah tu. Kunci pintu pun tak jadi ape, sbb org tetap nak masuk. Haihhh.. mak andam time tu tak dtg lagi.
Ok. Aku perlu mandi sekarang. Aku mandi segarkan badan, niat mandi nak kawen. Harus ye kalau tak silap? Elok je pas mandi, aku pakai la inner and kain dalam dulu sementara duduk tunggu Kak Nora sampai. Wah, time tu la orang lagi ramai naik bilik nak tgk pengantin katanya. Memang terbaik! Bukan tak suke, tapi I sexy sgt dan tak patut dilihat oleh orang awam. Hukhuk. Tetiba Uwan datang bawak geng-geng dari Temerloh. Mmg ada sorang makcik tu aku cam muka tapi tak ingat nama. Abes anak beranak datang naik ke bilik, nak amik gambar. Ahhhh… aku dgn tak pakai bajunya menolak cara halus la, tapi Uwan duk tarik-tarik aku utk amik gmbar. Aku pun selit la duk blakang-blakang, muka taruk celah-celah, sengih jela dgn muka innocent sket. Haha… Takpelah, posing pertama utk hari nikah kan. Tgk je cermin, aku rasa nak jerit sbb rambut kucar-kacir sbb lepas mandi tak sikat. Hahahaha… apalah nasibku…
Mana siap lagi. Kot ye pun, tgu la aku siap mekap ke ape dulu. Sbb time lepas call kak nora tu, dia suh pakai baju inner dgn kain dalam je dulu. Takyah pakai baju dah sbb nnti dia trus mekap je aku dgn kak ja. Pastu trus pakai baju nikah. Mane tau org lain dah tak sabar nk tgk. Baru aku tau inilah antara benda yg pengantin lalui yek. Hehe.. nak suh orang keluar kang kecik hati plak. baguslah, sume excited nk tgk kan.
Orang yang dtg umah sume dah cantik-cantik, wangi-wangi, pengantin masih selekeh, jam nak masuk pukul 2 dah. Kak Nora masih on the way. Kami dah kelam kabut dah. Alamak, jgn la ape-ape yg takbest jadi. Umi Abah sekali sekala menjenguk dalam bilik.

nnti sambung lagi ya. tata

2 comments:

Anonymous said...

hahaha..rs cam nk kawen skrg

ainguzzle said...

panjang citer. baru part 1 ye