Si Permata Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Wednesday, November 16, 2011

39 weeks +

Bangun pagi dgn keadaan pusing mata. Ada la dlm 3-4 kali jugak. Bukan pening, tapi pusing. Mmg rasa mcm bilik berpusing.. arrghhh... apakah?

Siap bukan main awal semangat nak gi check up. Patutnye besok, tapi sbb besok Jumaat, pasti ramai org, so baik pegi hari ni je. Sebelum pukul 8 dah kuar rumah, kononnye awal la tu skali sampai, dpt nombor 5 and doktor pun tak masuk klinik lagi. hehe...

Pagi tadi baby mengeras, tau je nak jumpa Doktor Syafini trus dia jadi good boy. Berat naik sket je from 68.5kg to 68.8kg. Maybe sbb pagi lagi and blum makan, sbb tu macam tak berat sgt kot. Doktor tanya khabar, tak rasa ape-ape lagi ke. Ckp sehat sesangat. Baby takat mengeras and rasa drop in pelvic area je which is normal around this time as he is engaged kan. Tapi blum fully engaged lagi la. Tgk air ketuban, uri sume ok. Scan hari ni nampak la dagu, pipi tembam si debab ni, hidung. Tapi nmpk sket2 je. Dagu panjang ikut dagu I ok. heheheh~

Berat baby pun naik sket je, around 3.4kg. Dah tak muat dah agaknye. Dua hari lepas, after about a week dia pasif je, tetiba menari samba woh.. Bukan main ligat lagi dia gerak2 sampai crack perut mama! OMG! Bila Kiman ckp, Yang, perut u dah pecah sket kat bawah. APA???? trus lari dpn cermin, sapu losyen 2 kali ganda. Tapi dah terlewat kan, kalau nak pecah tu, dia pecah la jugak. huhuhuhuhuhuhuhuhu..... baby, kenapa ligat sgt sampai pecah perut Mama ni? Baru nak buat rekod perut boyot besar tembikai tapi tak crack, tetapi harapan tinggal harapan. huhuhu... takpelah, esok2 kalau ko degil, siap la Mama bukak baju tunjuk perut yg crack ni....

Yang tak boleh lupa bila dia aktif sgt tonjol sana sini sampai nampak seketul bentuk peha comel dia tu! Mmg tetiba, sebijik timbul. Subhanallah.. trus mengalir air mata. :)

Kak Ja ckp, bagus la ada stretch mark sket, ada bukti ko mengandung kann. hehe.. iyolah tu.

Kadar hemoglobin dah naik ke 12.6. Doktor ckp goooood mama. Kena truskan makan obimin 2 biji sehari nak bagi maintain darah merah. Pastu tanya la doktor agak-agaknye bila ni nak boleh bersalin. Dia pun tak brani nak ckp, semuanya kuasa Allah kan. Kita tunggu je la.. Yang penting jaga makan, cukup rehat. Nanti sampai masanya, teran je.

Hari ni dah 17 Nov, kalau ikut due date 22 Nov, so next check up will be this Tuesday, doktor nak check jalan dah ada ke blum. Kalau ada, bleh trus admit. Sbb sesetengah orang walaupun dah 3cm dilated still takde ape2 tanda, tapi kalau baby dah 40 minggu, dah leh kuar dah... Kite tunggu je la camne. Entah-entah malam ni ke rasa contraction kan, wallahualam...

Sama-sama la kite bersabar (walaupun dah tak sabar sgt dah ni) menunggu...

P/s: Malam tadi rasa mcm gembira sgt sbb Kiman ckp, " I bangga u jadi mak kepada anak I. Sebab u rajin buat research, baca itu ini, cari info itu ini tentang pregnancy. At least I tahu u mmg sayang anak kita and ambik tahu, ambil berat tentang semuanya utk kebaikan u and baby. Tq sgt sayang..."

*emm emmm.... Tidur senyum. :)

No comments: