
Mari bercerita pasal budak lahir lahir je dah chubby ni. :)
Namanya Muhammad Nu'man Darwish.
Nu'man = Kenikmatan
Darwish: Yang warak
Hari pertama, Isnin.
- Lahir pada jam 12.59 pagi, berat 4.16kg, ukur lilit kepala 37cm dan panjang dari kepala ke kaki 53cm.
- Sebaik keluar dari O.R terus Papa nya azankan, iqamat serta bertahnik utk nya. Sempat lagi snap gambar beberapa keping utk tatapan Mama nnti.
- Malam pertama keluar dari perut Mama, baby dibersihkan, diberi susu formula dan tidur kat nursery. Malam tu kali pertama Mama terpisah kejap dgn baby. huhuhu...
- Sebab budak ni lahir tgh malam jadi masa terasa sgt panjang nak tunggu keesokan hari nak tgk dan pegang dia.
- Mama masih bed ridden dan tak kuat utk angkat kaki. Kebas dari pinggang sampai ke kaki masih blum hilang kesan ubat bius.
- Papa balik rumah tanamkan uri Nu'man. Papa cakap sebelum tanam Papa mandi dulu bagi wangi-wangi. Bila nak tanam Papa ckp terima kasih sebab jaga Nu'man dgn elok masa dalam perut Mama dulu. :)
Kenangan je perut beso ni. hihi
Papa Mama :)
Papa ckp menjejes-jejes air liur masa baru keluar tu.
Takde org nak dukung ke? Nak nangis la. uhuk uhuk
Hari kedua, Selasa.
- Mama and baby masih warded. Papa, Nenda & Atuk sentiasa ada tlg jaga Mama.
- Pagi-pagi lagi nurse dah tolak baby masuk bilik. Seronoknye tgk baby nyenyak tidur.
- Mama masih belum bagi susu badan kat baby sebab kaki kebas lagi.
- Mama dah boleh ke toilet tapi dgn bantuan Papa sepenuhnya.
- Petang kita dah boleh keluar wad. Yey dah boleh balik rumah dah.
First time letak dlm playpen dia. Silau lampu, trus angkat tgn tutup muka. Clever boy.
- Malam tu malam pertama kita bertiga kat rumah. Baby nangis kuat! Maybe sebab susu Mama belum banyak. Baby mengamuk je. Sorry baby, huhu... Papa pun sabar je tlg dodoikan baby. Bila dah lama sgt baby nangis baru kejut Mama suruh bagi susu.
Hari ketiga, Rabu.
- Kita bertiga bangun lambat! Semuanya gara-gara berjaga malam, bertarung air mata dgn baby. Hehe. Sedar tak sedar bila Nenda masuk bilik kejutkan Mama Papa. hihi...
- Masih struggle utk bagi susu badan. Biar banyak kuar, khas utk baby. Mama pun ada ambil supplement utk galakkan susu badan cepat dan keluar banyak. Yela, sebab patutnya dari hari pertama bg kat baby kan, tapi nak buat mcm mana, keadaan tak mengizinkan, tapi Mama cuba yg terbaik. We are a team now, baby pun kena bagi kerjasama ok.
- Bila malam, baby mengamuk lagi. Sorry baby, Mama Papa terpaksa bagi susu botol yg hospital bagi tu sebab baby tak berhenti-henti nangis tgh malam tu. huhu... Baby minum sikit je dah lena tido sampai pagi.
Ini susu yg hospital bagi. Ada 16 botol yg ready made, ada 3 kotak susu tepung. Sgt banyak kan! Alhamdulillah, rezki. Tapi Mama nak bg susu badan je. :p
- Oh, mata macam ada kuning-kuning sket la. Nenda dan Papa petik daun Dukung Anak dan tuam kat badan baby.
- Malam tu Mama rasa lain macam. Mimpi bukan-bukan dan baby menangis macam takutkan sesuatu. huuuu. Sekali lagi tidur malam yg tidak cukup. Mama sampai tersengguk-sengguk menyusukan baby. huhu
Hari keempat, Khamis.
- Nampaknya baby dah makin selesa. Tidur ok, berak kerap, kencing kerap, pendek kata ikut jadual baby la. Good boboy Mama ni. Cayang dia sangat!
- Susu badan pun dah mula stabil dan baby tidur lena.
- Si tembam Mama ni kuat kentut rupanya. Bagus la keluar angin kan.
- Malam tu masa nak tukar pampers, semua ada. Lepas Papa sapu je minyak yuyi terus baby kentut kuat-kuat. Papa gelak kuat sgt! Atuk sampai terkejut! Haha! Kelakar betul baby. Reaksi muka Papa masa tu memang priceless. Papa ckp, "ni sah anak Papa ni, good baby Nuqi" :p
- Malam tadi baby tidur lena sangat, Alhamdulillah. Bangun hanya nak mintak susu je. Mama Papa pun tak penat sgt sebab baby tidur lama.
Dia suka manja macam ni, nak Mama peluk je...
Dengan Papa pun sama. Nak dukung je..
Oooo.. buat buat tidur ye kamu.
Tenang & tak puas tgk baby tidur tau.
Geram btol nak gomol pipi dia, tapi kecik lagi. sabarrrr...
Hari kelima, Jumaat.
- Bangun pagi nak tukar pampers baby skali tgk tali pusat dah tercabut. Wow, cepat betul tercabutnye! Nenda ckp selalu baby paling kurang dah seminggu lebih baru tercabut. Nu'man semua nak lain dari orang, lahir besar, tali pusat tercabut awal. hihi... :)
- Baby dah pandai senyum!
Senyum kat Mama eh? alololo...
- Pagi-pagi lagi nurse dari Klinik Kurnia dah datang. Terkejut nurse bila tgk baby dah beshar dan berat. Dorang ckp mcm badan baby dah umur 1 bulan. hehehe...
- Dorang cek baby mata macam kuning sket tapi mild je. utk keselamatan dorang suruh Mama Papa bawak baby pergi klinik utk cek tahap kuning.
- Kami siap-siap trus bawak baby pergi klinik. Walaupun tak boleh lasak sgt, Mama gagahkan jugak diri utk keluar pergi klinik. Mama takut baby nangis nanti kena cucuk.
Nak gi klinik check kuning, tapi muka tak kuning pun??
- Sampai klinik, Papa je yang dukung baby. Masa ambil darah baby tendang-tendang kaki. hehe. Nangis sket je, lepas tu tidur semula. Nasib la Mama dah susukan baby sampai betul-betul kenyang kan. Good boy Mama Papa ni.
- Paras kuning baby 8.7 je. Nurse cakap kalau 8 dan ke bawah maksudnye takde kuning, tapi baby ada 0.7 dan kebetulan darah Mama ialah darah O. Bila-bila masa je kuning boleh meningkat, so Isnin nanti kena datang utk recheck. Mama harap sgt la takde. Nurse pesan jgn makan halia dan lada hitam sebab itu unsur panas dan boleh jadi sebab menaikkan tahap kuning pada bayi. Ok, Mama trus bgtau Nenda jgn letak halia dlm sup ikan haruan. hihi..
Cian anak Mama kena cucuk kat kaki. huhu~
- Lepas Asar ada buat makan-makan sikit sempena nak cukur rambut baby. Kawan baik Umi, Ustaz Muzakir yang tolong cukurkan sayang tau. Masa bercukur tu baby tidur je. Kadang kala terjaga, Nenda terpaksa pegang muka dan kepala baby, Cik Ema plak pegang kaki baby. Ustaz ckp baby ni kuat, nasib tak menggelupur. Selalunya baby lain yg Ustaz cukurkan ada jugak tercalar kat kulit kepala sebab terkena pisau cukur tu, tapi baby good boy ni langsung takde calar. Alhamdulillah, kalau tak rasanya mesti Mama tak sanggup nak tgk. huhu.
- Orang ramai datang pun baby tidur nyenyak je. Dalam pukul 7.30 ptg tu baby jaga, Mama susukan, baby pun tidur lagi. Tak kisah langsung dgn suasana hingar bingar tu semua. Maybe baby rasa sejuk kepala kot, tu yg sedap tidur tu kan. hehe
- Oleh sebab baby dah comel, bulat je kepala dah botak Papa jadi jeles. Malam tu sebelum tidur, Papa botakkan jugak kepala sendiri. hehehe. Geng dah Bapak dgn Anak ni yek. 2-2 pun Mama sayang sangat-sangat!
- Malam tu oleh kerana dah tidur lena sgt, baby pun berjaga la. Alamak, Mama Papa sgt la penat hari tu, then terpaksa plak berjaga malam. Rasa kepala macam pusing je. Bergilir-gilir Mama Papa try tidurkan baby, tapi baby tak nak tidur. Nangis sekuat-kuat hati. Try bagi susu formula sket, tapi baby keluarkan semula. Nak susu Mama je ye. Bagus la, tapi Mama dah sampai tahap takleh nak buka mata langsung. Kesian kat Papa. Dah macam-macam dia try buat sampai ckp, "kalau I ada susu badan, biar I je yg susukan, tak sanggup rasa nak kejut U bgn tidur". Trus Mama semangat susukan baby. hehe...
Hari keenam, Sabtu.
- Lepas Subuh dan susukan baby, sekali lagi Mama Papa + baby tidur terbungkang tak sedarkan diri sebab baby nangis merengek rengek tgh malam tadi. huhu. Tiba-tiba dgr orang tekan loceng, ingatkan mimpi sekali betul. Atuk ketuk-ketuk pintu bilik, terkejut tgk kita bertiga tidur pengsan. Rupanya nurse dtg lg. Laaa, tak tau pun dorang nak dtg hari Sabtu kan. Malu rasa. Mama tak sempat pun nak duduk, nurse trus nak check tekanan darah. Dorang ckp biasalah tu, awal-awal baby tak pandai adjust waktu tidur lagi. Macam ni la hidup jadi ibu bapa. Memang tak cukup tidur. hehe. Mama Papa malu~ hiuhiuhiu~~~
- Satu hari ni rasa best. Lepas kenyang susu je baby dah pandai senyum, mcm seolah-olah ckp thanks kat Mama sebab susukan baby. Good boy nye sayang Mama ni kan.
- Dah tengahari, ngantuk papa tak hilang lagi. Papa tidur masa tu, Mama letak baby atas riba dan bukak baju baby. Saja nak tgk badan. Pastu main geli-geli, baby senyum kat Mama! nasib Mama sempat amik gambar. hehe...
Aikkk, sape yg tidurkan sape ni... hehe
Baby suka buat muka macam ni. Mama ckp muka hamster. hehe
Elelelelele... dah kenyang bleh senyum camni kan cayangggg
Hari ketujuh, Ahad.
- Atuk nak balik KK dah. Masa say good bye, baby tengah tidur tapi senyum bila dengar suara Atuk. Pastu Atuk tegur lagi baby, baby macam gelak kecil pastu senyum manis! Atuk macam tak sangka sgt, Mama pun sama! Baby mimpi apa sampai tergelak tu? Papa takde, so dia mcm tak percaya dgn cerita Mama, dia mcm tak impress sgt la. hehehe..
- Malam tu lepas susukan baby, Nenda bawak baby naik atas tidur dgn Nenda dulu. Nenda bagi chance kat MamaPapa tidur dulu, nanti bila baby dah nangis baru hantar baby ke bilik bawah. Wah, bestnye tidur, sedang elok Mama terjaga, Nenda pun hantar baby turun bawah nak bg susu.
Hari kelapan, Isnin.
- Nurse datang lagi pagi ni nak check keadaan baby dan Mama. Terkejut jugak sampai dorang datang 3 kali. Mama tak tau pun, dah la dalam keadaan masam tak mandi basuh muka lagi. Lagi skali Mama malu. heehhehe.. Pastu tanya nurse siap-siap pasni dorang dtg lg ke. Nurse ckp akan dtg bila baby umur sepuluh dan dua puluh hari utk timbang berat je. Oh, boleh la Mama ready awal-awal kan. hihi
- Pergi ke Klinik Kurnia lagi sekali utk check tahap kuning baby. Tgk mata dah putih dah, harap-harap la takde dah.
- Yahoo! Bila check kuning baby ialah 6! Means dah takde kuning la. Alhamdulillah, sihat dah anak Mama ni. Minum susu banyak-banyak lagi oke.
Pakai baju Abang Jiklee sementara masih padan. hehe...
- Malam pulak bila baby dah kenyang pukul 11 malam tu, Mama trus tidur sekali dgn baby. Tepat pukul 1 baby jaga, Mama pun jaga sekali. Trus bagi susu and baby tak nangis langsung, dah kenyang tu baby trus tidur. Bangun pulak pukul 3 dan pukul 5 pagi. Langsung tak menangis dan Mama pun cukup tidur sebab baby tak merengek.
- Dah pagi Papa siap-siap nak pergi kerja siap tanya Mama, Papa tak terjaga ke malam tadi sebab dia tak dengar langsung baby nangis. Mama ckp, tak lah, baby memang tak nangis langsung, terjaga nak susu je.
- Papa dah ensem ensem tapi geram tgk baby tidur, trus Papa dukung angkat baby nak tukar pampers. Papa ckp takut nanti gi kerja rasa rindu kat baby. So, baik Papa lepas rindu dulu dgn tukar pampers baby. Bagus kan Papa cayang...
Walaupun dah lambat, sempat lagi tu tlg tukarkan pampers. hehe
Hari kesembilan, Selasa.
- Masa baby dah kenyang susu, Papa nak dodoikan baby. Lepas tu baby tergelak dlm tidur, barulah Papa percaya ckp Mama. Papa ingat Mama syok sendiri kot ingat baby leh gelak kecil time tidur, ni Papa sendiri tgk trus Papa senyum bangga. Pastu kacau-kacau baby lagi nak suruh ketawa lagi. kihkihkih
Sedar-sedar pagi je baby dah mengiring, tidur peluk Mama. Manjanye....
- Malam tu baby tidur lena sgt. Dari pukul 12.30 mlm sampai la pukul 4.30 pagi sampai Mama risau and kacau-kacau baby nak suruh bangun isap susu. Kenyang sgt dah ye sampai tak terjaga langsung. hihi
- Ni antara gambar yg Mama ambil masa nak kejutkan baby. Macam-macam reaksi muka yg baby buat tau. Kelakar. Papa tidur, tak dpt tgk secara live. hihihi...
Kejap kejap ternganga.
Kejap kejap buat mulut O mcm ni lama-lama. hehe
Last skali tergelak kecil sorang-sorang. Apa yg baby mimpikan tu sayang?
Hari kesepuluh, Rabu.
- Menyusu macam biasa, mcm tak puas je. Siang berjaga lama jugak, malam pun tidur yang lena. Yey! Harapnye berterusan la baby tak nangis lama-lama di waktu malam. Papa pun tidur lena sebab besok nak kerja kan. Good baby. muah!
Baju sejuk from Mummy Yuha, all the way from UK. Konon2 beli kecik ye Kak, skali ha, ketat sampai tgn dia takleh turun bawah. hihi
Nurse dtg timbang. Hari ke-10 = 4.3kg.
Tgk nurse buat mcm ni teringat kat kartun burung yg hantar baby tu kan...
Hari kesebelas, Khamis.
- Macam biasa pagi-pagi Nenda akan mandikan baby sebelum pergi kerja. Bila terbogel je baby jerit nangis kuat-kuat. Alahai anak Mama ni. Nenda cakap baby gayat. Bila letak je dalam besen mandi, trus terdiam. Suka mandi ya anak manja Mama ni.. Bila letak minyak Yuyi trus buat muka stim, sedap sgt la tu.
- Sedang elok pakai barut dgn pampers baru trus baby berak banyak-banyak. Pandai btol kamu ye, bila dah tukar yang baru trus nak kotorkan pampers tu. :p
- Hari ini jugak menjadi hari yg takkan Mama Papa lupa. Dari petang kalau tidur je, baby terjaga dan buka mata luas-luas mcm terkejut lepas tu terus menjerit sekuat hati. Macam nampak 'sesuatu'. Dari petang sampai la ke malam.
- Baby tahu tak, Mama Papa dah tak tau nak buat apa sampai tahap baby menjerit nangis semahu-mahunya, sampaikan Mama sekali nangis teresak-esak. Bila Papa pujuk Mama lagi la laju air mata ni mengalir.
- Mama memang tak sanggup tengok baby macam tu. Tersedar dari tidur dalam keadaan terkejut lepas tu menangis dgn nada yang sgt takut! Kesian sgt Mama tgk sayang.
- Papa baca Yasiin 2 kali malam tu sebab nak halau "tetamu yg tak diundang".
- Baby dah menyusu lama dan banyak, tapi bila letak je atas tilam terus terjaga dan menangis lagi.
- Muka baby penat sangat, Mama pun terpaksa ambil panadol sebab rasa sakit kepala yg teramat kuat. Papa ckp mata Mama pun dah merah dah.
- Pujuk baby tak henti-henti, Mama sedih dgr baby menangis takut mcm tu.
- Berlanjutan sampai la dekat pukul 2 pagi. Mama dgn Papa teramat penat + mamai, cakap pun dah bukan-bukan dah. Akhirnya baby tidur jugak. Pukul 5.30 pagi baru bgn nak susu tapi tak nangis pun.
Jam 5 pg. Tidur lena, mengiring mengadap Mama. :)
- Sebelum Papa pergi kerja, tgk baby mengiring peluk Mama. Papa betulkan kedudukan baby bagi baring straight, tapi bila Mama bgn tidur lagi sekali tgk baby dah mengiring peluk Mama semula. So sweet~
P/s: We are ready and looking forward for more sleepless nightsssZzzZZzzz.... :)









No comments:
Post a Comment