Pada suatu hari yang biasa biasa seperti hari-hari lain, seorang istri yg dalam pantang meminta si suami membelikan bengkung moden sebagai melengkapi keperluan barangan wajib semasa dalam pantang. Pergilah si suami keluar rumah untuk mencari bengkung moden tersebut. Kenapa moden? Sebab si isteri telah dibelah perutnye dengan rakus oleh doktor yg nak keluarkan baby mereka kira-kira 3 minggu yang lepas.
Tunggulah si isteri bersama anak yang montel sihat dan manja itu di rumah. Kerja si anak ialah tidur tidur tidur dan susu susu susu. Maka isteri yang kononnye penyabar itu tetaplah bersabar menanti si suami pulang ke rumah. Tengok jam alahai lamanye lah kelar tak balik-balik ni. Macam-macam barang dicari dan dibeli sambil-sambil tu window shopping katanye. Manalah si isteri tak resah gelisah. Sudahlah sgt boring sebab berpantang tak boleh berjalan-jalan berhujung minggu macam selalu, si suami plak dgn happy keluar window shopping. huhuhu~~
Akhirnya pulang juga si suami ke rumah dgn bercebet plastik dgn mcm2 barang. Terus dihulurkan bengkung yg si isteri order masa nak keluar rumah tadi. Dengan muka teruja rasa nak melompat dapat bengkung macam ntah hapa-hape je. Yelah si suami cakap nak isteri kembali slim macam dolu dolu kan. Haruslah kita berusaha. Lagipun berat badan yg sgt kembang dan naik mendadak masa mengandung itu adalah amat memberi keinsafan dalam mencari pakaian. hukhukhuk... mari slim semula!
Sedapatnya kotak bengkung di dalam genggaman trus dibuka dgn rakus nak melihat bengkung itu. Yahoo! Macam mana nak pakai ni? Macam mana nak pakai ni?? Explore lagi kotak Dalam hati eh apsal kotak ni berat semacam je? Ada manual cara pemakaian ke? Tengok tengok. Eh?!!!!
Ada HANDPHONE sebijik!
Waaa!!! Melompat kegirangan! Rupanya si suami telah membeli hadiah ini kepada si isteri. Patutlah berjam-jam keluar dan macam-macam alasan yg diberi sebab si suami telah mensurvey kedai Samsung dan memang berniat utk menghadiahkan si isteri dgn handphone idaman sekaligus melupakan handphone lama si isteri yg berkhidmat macam haram jadah sejak kebelakangan ini. huuu...
Si suami terpaksa menunggu selama satu jam utk deal dan satu jam lagi utk menunggu kotak penghantaran sampai ke booth itu serta terpaksa berebut dgn orang lain. Katanya sebab ini ialah hot stuff maka permintaan tinggi tapi barang yg sampai ke Kuantan hanyalah 2 unit bagi setiap kedai. So first come first serve. Kalau di berjalan-jalan window shopping dan ada customer lain yg nak beli maka org itu yg dpt dulu. (apsal ayat dah tak skema ni?)
Oleh kerana niat yg suci murni harus diteruskan maka si suami pun mendapatkan jugak item tersebut. Tauke tanya nak dark blue ke putih? Kalau dark blue punya casing takde tutup depan. Kalau putih ada tutup depan. Dipilihnya putih. Special edition betul?
Katanya ini sebagai hadiah kerana melahirkan seorang anak untuknya. Hadiah sebab sudi mencintainya, hamilkan anaknya, menjaga kandungan dengan baik, bersusah payah dan tidak merungut walaupun terkadang terkurang itu dan ini, bersabar walaupun pelbagai dugaan dan komplikasi dan akhirnya melahirkan anak untuknya. Oh, sangat terharu.
Terima kasih suami. Kini berjaga malam utk menyusukan baby tidak lagi menjadi rutin yg membosankan kerana I can tab whenever and wherever I am. Hoyeah! I can play my fav games while nursing. hihihi~
Baru kejap tadi download app for blogger. Later I can update my blog while on the go. yeay!
This samsung galaxy note is super damn cool and it's cooler because it's a present from you. So sweet! Nanti anak kite dah besar I can doodle some pix for him. Education akan menjadi sgt fun and entertaining. hehe..
P/s: pasni boleh beranak lagi la kan. hihihi



3 comments:
akak, best nye dpt galaxy note :) nak tnye, ur hasben beli kt many ya? i mean which part of kuantan? ecm,mega or kp ? coz sy pun nak cari/survey galaxy note kaler putih, x taw pulak kt ktn dah ada kaler putih. :)
hi.. dia beli kat kp. katanye ada booth samsung baru bukak kat situ. try la survey. kalau beli dgn samsung warranty 2 tahun. kalau dgn celcom dpt setahun je. :-)
bestnye dapat hadiahhh...lepas ni tiap kali bersalin mesti dapat hadiah kan..hehe
Post a Comment