Hari ni genap sebulan selepas Arwah Wan pergi. Kematian dia mmg sgt mengejutkan semua. Yelah, hari Isnin tu elok2 je dia baru balik dari Kuantan, tetiba hari Selasa petang dpt call dari Umi ckp Wan dah meninggal. Masa memula dpt berita tu aku mcm blurr kejap sbb Umi ckp, Diya, Wan takde dah ni. Aku bleh plak tanya, takde ape? Tak paham... hmm..
Kemungkinan dia meninggal selepas Zuhur sbb kain telekung dia tak bersimpan lg, berlipat je dlm sejadah dan nasi yg dia tanak masih panas dlm periuk. Wan mmg ada sakit jantung dan mungkin itu penyebab dia pergi. Alhamdulillah, dia pergi dlm keadaan yg baik.
Masa dpt call dari Umi mmg blurr kejap then trus call Kiman bgtau dia Wan dah meninggal. Bila dengar suara Kiman terkejut trus mcm aku kene kejutan jap, eh Wan dah meninggal! Terus air mata laju je berderu-deru keluar. Ya Allah, betul ke ape yg aku ckp nih! Kiman ckp ok I blk sekarang! Tapi aku suh dia stay je sampai kul 5 sbb masa tu dah pukul 4.50pm.
Kebetulan esoknya Kiman kena outstation ke Sabah selama seminggu tapi sehelai baju pun blum pack lg, aku pun main ambik je baju2 dia trus podot dlm beg sambil air mata menderu2. Baby plak tetiba nak merengek susu plak. Mama tgh emosi tau.. huhu. maybe dia paham kot. ntah la..
On the way balik ke Maran Kiman tenangkan aku, jgn emosi sgt nnti kesian kat arwah. Ye, mmg mengejutkan semua. Sbb baru je 2 minggu sebelum tu, aku duk jaga Abg Jiklee skali ngn Wan. Masa tu pun dia nampak penat je. Bila siang lepas makan. Duk layan Jiklee main2, Wan pun duduk sekali ngn aku. Borak-borak, gelak-gelak, sembang-sembang... Puas nak tidokan Si Jiklee tu, tp sabor je. Last skali bila dah penat, Uwan ckp dia sakit kepala, aku pasangkan tv kat dapur, dia baring kat kerusi and tv yg tgk dia. hehe... dia tertido. Bila baby dah tido, aku tidokan abg jiklee, dgn aku skali tertido. Pastu bila bgn, tgk Wan ada baring kat sebelah aku tido skali. hihi. sweet kan..
Alhamdulillah, aku tak rasa ralat sgt sbb dpt spent 3 hari dgn Wan. Last skali dpt rasa Wan buat cekodok pisang yg extra sedap. Wan masak petang tu, comel2 je cekodok padahal nk hidang kat tetamu tp aku bukan main syok lagi makan. hihi... air tgn nenek kan, mmg paling sodap.
Ya Allah, bila memikirkan lagi pasal Wan, aku terbayang-bayang muka dia yg sentiasa hepi, senang ketawa, suka sgt berborak, suka pukul orang bila ketawa, suka di sakat anak cucu dia, Wan mmg penyuka. Masa bgtau dia yg family Kiman masa otw balik ke Perlis, masing2 duk ckp2 lah pasal kesedapan gulai tempoyak ikan patin yg Wan buat. Mmg muka dia sgt delighted. Dia ckp ala Wan masak biasa-biasa je. hmmm...kalau dah terer kan...
Hmm.... ntah la, makin diingat, makin rindu. Ya Allah, sedih sgt...
Bila dah sampai, tgk orang dah ramai kat rumah Wan. Bila kaki melangkah masuk dah nampak sekujur tubuh kene tutup dgn kain batik, Ya Allah, aku tahan je air mata. Kebetulan ada org selak nk tgk Wan, aku nampak muka Wan, mmg tak dpt nk tahan sedih. Macam tak percaya. Sedangkan baru semalam Umi cerita dia gi makan kat rumah Acik, Wan duk goreng telur lagi ke Umi. Ye, dlm family kami kalau Wan ada, mmg Wan je yg masak even goreng telur utk anak dia yg dah umur 51 tahun tu. hihi... Umi walaupun dah 51 tahun tetap nak bermanja dgn Wan, dan Wan pun hepi je nak manjakan anak-anak dia dan cucu dia. hmm
Alhamdulillah aku ada peluang nak mandikan jenazah Wan. Kami, aku, Kak Ja, Adila dan Abg Nijam tlg mandikan Wan. Itulah jasa terakhir kami utk arwah. Masa mandikan Wan, tgk muka Wan mcm tido je..
Bila buat family post mortem rupanya byk kejadian menarik yg berlaku. Alhamdulillah, dari situ kite dah nmpak, insyaallah Wan tergolong dlm golongan org yg beriman. AMINN!!
Kami semua rindu Wan. ;(


3 comments:
sabar k dear..saya pun turut terkejut..sebab wan nampak sihat, ceria jek..al-fatihah untuk wan..moga wan ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman..aminn
Thanks utk Mak awak Asma, dia byk membantu menguruskan jenazah. Byk btol jasa dia kat keluarga kami. sgt2 terharu :)
Post a Comment