Si Permata Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, August 2, 2012

Puasa & menyusukan anak

Assalamualaikum wbt

Hai semua!
Nak share sket tips berpuasa dan menyusukan anak di bulan Ramadhan ni.
Yup, saya masih menyusukan anak yg dah berumur 8 bulan, insyaallah akan teruskan penyusuan smpai dia umur 2 tahun. Amin amin amin...

Kenapa beriya sgt?
Sebab mmg tak dapat disangkal walau sedikit pun bahawa susu ibu lah the best in the world! Allah dah jadikan badan ibu secara automatik akan dapat menghasilkan susu apabila baby lahir ke dunia. Alhamdulillah, so why waste the best gift ever?

Alhamdulillah, mmg terbukti susu ibu yg terbaik sebab anak kami baru first time demam bila nak masuk umur 8 bulan. Tak, bukan takbur atau riak tapi bersyukur sebab bila kita yakin susu ibu dapat protect anak kita dari dalam, Insyaallah dia pasti sihat. 

Masa 6 bulan kena selsema dan baik dalam 2-3 hari tapi tak demam. Last week Nuqi demam dan bila bawak pergi klinik doktor cakap sebab cuaca atau sebab berjangkit dari org yg mmg ada virus. Alhamdulillah, dia langsung tak de masalah nak makan ubat. Siap jilat2 bibir lagi tu.

Skrg ni plak bulan puasa dah 3 pagi dia pun duk bangun sahur skali. hehehe... teman Mama Papa makan ye nak.

Sepanjang dah 2 minggu berpuasa, dah 3 hari aku tinggal. Semuanya sebab Nuqi demam dan asyik nak susu je. Risau susu tak cukup, so berbukalah. Lepas pada ni harapnye takde dah la. 2 hari dah terlambat bgn sahur, alhamdulillah milk production still ok walaupun sempat minum segelas susu dan kurma dan pagi tadi, roti 3 keping dan oligo secawan. :)
Baby dah sihat, dia pun selera nak makan.
Oh ye, semalam baru beli sippy cup utk dia, hari  ni dah pandai pegang sendiri. Bijak!

Berbalik kepada tajuk, last month ada pergi join Kumpulan Sokongan Ibu-ibu Menyusukan kat Taman Gelora. Yeah, sgt bersemangat sebab dapat jumpa dan kenal kawan-kawan baru. Share cerita pasal bersalin dan penyusuan. Semangat bertambah-tambah bila tengok orang lain siap bekerja lagi tu, tp bleh je pam susu demi anak tercinta. Kasih sayang ibu mengatasi segalanya kan :)

Dalam Islam pun ada rukhsah bagi ibu-ibu yg hamil dan menyusukan. So, pakailah ape yg Allah dah hadiahkan utk kita kan. Formula milk is not an option.

Tetiba teringat satu kisah kat KIM (Kumpulan Ibu-ibu Menyusukan)
Perbualan antara seorang Nenek dgn cucunya yg dah pndai bercakap. Cerita lebih kurang mcm ni.

Cucu: Nape adik selalu nak isap susu je? (susu badan, nak bergayut jela)
Nenek: Sebab adik kecik lagi, mmg la nak isap susu selalu.
Cucu: kenyang ke kalau isap susu je tapi tak makan?
Nenek: Kenyang. Sebab dalam susu ibu dah ada macam macam rasa. Sebab apa yg ibu makan semua dpt kat baby. Susu pun rasa ayam, ikan,. udang. Kamu minum susu tepung kan? Susu tepung ambil dari lembu. Lembu makan ape? Makan rumput je kan?
Cucu: speechless....

hehehe... kelakar plak Nenek mcm ni pun ada.

Bagi korang yg masih menyusukan anak, teruskan usaha murni ini k. Chayok chayok!


No comments: