Si Permata Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, June 18, 2013

First time ever

Salam, hai.. hari ni ialah first day hantar Nu'man pergi playschool. Misi mencari dah bermula dari Isnin. Pusing sana sini nk cari dkt area Taman Tas shj hajatnye tapi semua tak berkenan. Yg dkt IM jgk berkenan. Kalau ikutkan mmg jauh sikit la nk memusing dari Taman Tas ke IM then ke bandar tp takpelah asalkan tmpt tu kite puas hati kan.

The reasons kami pilih taska tu sebab dia asingkan2 rumah ikut umur. Babu sampai setahun sebuah rumah, setahun smpai dua tahun sebuah rumah, 2-4 thn sebuah rumah. Cikgu2 & tukang masak pun org yg berbeza. So dorg hanye fokus pada budak2 tu je. Smlm masa daftar tu Nu'man berlari2 sana sini sbb excited. Dia faham kot agaknye. Owner taska tu pun peramah dan menjanjikan akan buat yg terbaik utk anak2 yg diamanahkan di bawah jagaan dorang. Insyaallah.

Smlm pun mmg puas la duk pesan kat Nuqi vkp esok nk pegi school. Numan behave tau. Kawan dgn kawan2 lain,main elok2. Dia jawab emm emm.

Nak tido pun pesan numan kene tdo esok nk bg awal nk pergi school. Ape nk dikata, dia bantai bgn pukul 5.30 pg ok. Pastu terkelip kelip mata dia. Then tertido smule pukul 7 lebih. huuu.. agaknye mmg betul la dia dh terima kenyataan nk pergi taska tp terbangun awal la pulak.hehehe... mcm2 betul.

Kejut dia smula pukul 9. Ckp kite nk pergi skolah ni. Dia bgn dgn senyuman. ;)

Mandi pun takde hal, pakai baju. Dah siap sikat rambut dia ckp, pat pat (cepat cepat). Eh dia plak semangat. hehe..
Turun brekpes dlu smbil pesan lg nk pergi school ni, kene jd good boy tau. Dia jawab emm emm.. Lega sikit rasa.
Naik lwte, lambai Nenna ngn Memma dia bukan main lagi. Otw pun tak berenti ckp kat doa nnt ptg Mama ambil k. Dia rilek je tgk jln smbil pegang ball.

Dah smpai tu budak2 tgh duk main. Pesan kat cikgu dia itu ini pasal susu,baju kotor ape sume. Then pujuk Numan suh main ball. Dia pun berjln g amil ball. Pastu aku kuar gi amik beg baju,masuk blk tgk dia dh dlm bilik duduk pegang lego. Pastu ada budak2 lain la tgk n main2 skali. Ada dua org boys tu tgh ketuk each other ngn mainan tp aku pejam mata jek la. Harapnye dorg tak buli la Numan kan. Hadoii.. anak aku tu dah la jenis tak buat org kalau org buat dia. Hatiku mcm sebak dh. Pesan lg kat cikgu suh peluk dia kalau ada bunyi lori or kapal terbang sbb dia mmg takut dgn bunyi yg kuat...

Aku nak keluar tu senyap2 je takut dia perasan. Takde good bye kiss pun sbb takut dia nk ikut pulak. Tp bila dah keluar rumah tu rasa nyesal tak kiss dia. Intai je ikut cermin tingkap. Tgk dia tgh perhati sekeliling. Ya Allah kau jagakan anakku... Ni first time bg ke tgn org lain utk jagakan dia. Sblum ni hanye percaya kat Umi je kalau nk tinggal Numan. Tp kali ni kene la trime kenyataan. Kerana tuntutan kerja terpaksa hantar taska kan.

Naik ke kete, dh mula rasa sebak. By the time tekan minyak trus menderu2 air mata ku. Ya Allah... serius takleh tahan
Mencurah2 keluar. Parking tepi jln, trus call Kiman. Lidah kelu tapi nangis tersedu sedan. Huhu... taktau nk ckp caner tp mmg sebak sgt2. Mula la terbyg bukan2 tp kene positif la kan.

Pas ckp ngn Kiman luah plak kat group hot mommies. huuu.... Tgu dah cool down sket baru gerak smula. Tp honestlu mmg takleh tahan. Tgh drive pun mengalir je air mata. Ya Allah, mcm ni rasa dia rupanye.

Harapnye dia ok kat skolah. Main, mkn, mandi dan tido sama2. Harap sgt dia ckp adapt dgn new environment & hepi pergi skolah setiap hari. Mama yg kene kuatkan semangat. Insyaallah. Semoga dgn perubahan baru ni Numan akn blaja berdikari dan bersosial. Kat playschool tu pun dorg ada ajar menyanyi, menari, mewarna. Semua tu mmg minat Numan so harapnye Numan enjoy pergi sekolah k.

I love u so much sonshine. No words can describe how I feel right now. I wish u well and all the best. ;)

posted from Bloggeroid

1 comment:

Asma Azuani said...

bertabahlah dear....u can do it! chayok! nuqi tabah, mama pun turut tabah :)

anyway, tahniah on ur second pregnancy! im happy for u! :)