Si Permata Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Tuesday, August 31, 2010

Ayah dan ibu

Salam Ramadhan.

Semalam saya dan Kiman ke Tunas Manja lepas korek-korek pitis sebab nak beli benda-benda nak masak untuk berbuka. Masa tengah cari-cari idea, tiba-tiba saya nampak seorang kanak-kanak lelaki tolak bakul yang penuh dengan barang. Berbaju oren tanpa lengan dan berseluar pendek. Gaya air muka macam budak nakal tapi cerdik. Rambut pendek tegak pacak-pacak. Mungkin umurnya dalam 3 tahun setengah. Tolak bakul yang setinggi lutut dia tu nampak senang baginya kerana dia bertubuh kecil. Berjalan berseoangan, melilau-lilau mencari ibu bapa.

Saya perhatikan lagi. Melihatkan air mukanya sudah sedikit risau. Mungkin ibu bapa tidak kelihatan di pandangan matanya. Lalu mengambil jalan mudah, iaitu menangis. Saya pun memaklumkan perkara ini kepada Kiman.

"Budak ni tak jumpa mak ayah ni."

Saya perhatikan lagi. Si kecil tadi masih menolak bakul penuh berisi barang, melilau-lilau dan meninjau-ninja setiap lorong di sekitar bahagian barang dapur. Masih menangis, kali ini lebih kuat. Orang ramai di sekeliling mula memberi respon, tapi biasalah kita rakyat Malaysia yang sudah 53 tahun merdeka hanya mengambil keputusan untuk tengok, tunggu dan lihat.

Pada waktu itu, kami sedang membelek-belek botol budu. Tangisan makin kuat membuatkan hati saya jadi haru dan sedih. "Kasihan kanak-kanak ini. Manalah ibu bapanya. Sudahlah kes culik dan hilang anak makin menjadi-jadi tapi ibu bapanya pula membiarkan si anak seorang diri di tempat awam yang sememangnya padat dengan manusia asing. Tak cakne betul"

Saya, suami dan orang sekeliling masih menanti kemunculan si ibu bapa kanak-kanak tadi. Rasa-rasanya jika masih tiada, saya akan terus membuat laporan kanak-kanak hilang. Tetapi tidak lama kemudian, muncul seorang lelaki membawa sepaket susu tepung dan beberapa barang kecil lalu diletakkan ke dalam bakul yang ditolak oleh si kecil tadi. Mukanya langsung tidak menunjukkan rasa bersalah melihat si anak berair mata. Apabila sudah dapat menangkap imej si bapa, si anak terus berhenti menangis dan terus merengek minta didukung.

Si bapa mendukung tanpa membuat muka bersalah kerana meninggalkan si anak seorang diri tetapi terus meninjau sayur-mayur di sekeliling. Dalam hati ku berkata, "Ada juga bapak macam ni. Haihh".

Tidak lama kemudian, datang pula si ibu menghampiri dua beranak tadi. Si anak terus tersenyum dan minta diturunkan ke bawah. Seperti sebelum ini, si anak terus menolak bakul yang penuh tadi dan menyanyi gembira. Riak wajahnya sungguh puas, mungkin kerana ibu bapanya sudah berada di depan mata. Beberapa saat kemudian, kami terlihat si ibu dan bapa berkomunikasi dalam bahasa isyarat.

Kami dan beberapa orang di sekeliling tergamam dan terkedu. Saya yang tadinya sedikit menyumpah di dalam hati kerana sifat ibu bapa kanak-kanak tadi terus terdiam. Oh....

Bukan niat si bapa dan si ibu meninggalkan anak. Saya yakin mereka dapat melihat si anak dan tahu kedudukannya di mana, tetapi mungkin si anak yang bertubuh kecil itu tidak dapat mengecam lokasi ibu bapanya kerana tempat tersebut begitu ramai dengan manusia lain. Tangisan si anak pula tidak dapat didengari oleh mereka lalu mungkin mereka menyangka si anak tidak apa-apa.

Pelajaran yang dipelajari ialah, bersyukur dengan anugerah yang telah diberikan. Alhamdulillah. Ada lagi insan lain yang tiada nikmat seperti kita tetapi masih bersyukur dan tidak pula merungut. Kita yang sempurna ini pula, janganlah mudah buruk sangka kerana tidak semena-mena sudah mendapat dosa kerana bersangka yang tidak baik. Astaghfirullah hal azim.

Terima kasih Tuhan kerana menjadikan kami manusia yang cukup sifat dan sempurna kejadiannya. Alhamdulillah.

Seperti ibu bapa kanak-kanak tadi, walaupun mereka tidak boleh berbicara atau mendengar seperti kita, tetapi saya yakin mereka membesarkan, mengasihi dan mendidik si anak dengan sempurna. Jikalau tidak, masakan pula si anak sekecil itu boleh berdikari menolak bakul dengan sendiri dan terus berubah menjadi manja apabila berada di samping ibu bapanya. Sudah pastilah mereka mempunyai cara tersendiri dalam mencurahkan kasih sayang kepada si anak. Walaupun sifatnya tidak sempurna, saya dapat merasakan si anak akan membesar sebagai seorang lelaki yang pintar dan baik. Insyaallah.

Nota: Saya berjaya mengeja dan membuat ayat bahasa melayu baku. Terasa seperti sekolah pula. Bezanya ayat tidak puitis dan bahasa pula kurang menarik. Buruk saya. (my bad) :p

3 comments:

13may said...

like!

cam dlm fb plak...hehhe hehhe

oh ya! lama tak jenguk sini...dah kawen dah rupanya :D

btw, selamat hari raya!

diana ghazali said...

hoho. ye, sy dah kawen. slmt beraya sakan! pantun skali

fairuzfai said...

hye cik kak! eh silap. puan diana..hehehe smart ah page baru. dan anda boleh berbahasa melayu dengan baik sekali. (psst..macam lah sebelum ni ko xpandai berbahasa melayu kan?ape la aku ni...huhuhu) cumanye, pandai mengeja la macam ko tulis tu. hihi...kesian pasangan ibubapa tu...dan mereka memang punya anak yang kuat(bukan dalam makna kata kuat yang sebenar)...teringat pulak kelas kita dulu mase kat uia kan?dengan encik zubir yg tinggi lampai tu. mungkin sebab kelas dia ko boleh berbahasa melayu dengan baik sekali seperti ini. hahaha! cukup sudah kemerepekan aku. selamat hari raya, maaf zahir batin, di...