Si Permata Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Sunday, March 13, 2011

Nakik nak kawen!

Citer ni aku personally rasa sgt kelakar sebab keluarnya dari budak umur 6 tahun!

Rabu, 9/3:
Macam biasa semenjak jadi Naqib's guardian, hantar dan jemput balik skolah. Dalam keta, duk borak2 la layan si kenit ni. Mula-mula ambik Kak Nor kat rumah then Naqib plak. Itu hari ada pasar malam, so balik ikut Semambu. Masa lalu Semambu, Naqib ckp la dia penah lalu jalan ni dengan Abang Iman dia.

N: Akik penah lalu jalan ni, dengan Bang Iman.
D: ooo.. yeke, nape lalu jln ni?
N: Sebab pegi umah kawan dia..
D: Boy ke girl?
N: Boy ada, girl pun ada.
D: Oh, girl tu mesti makwe dia kot.
N: A ah. Dulu Abg Iman bawak Pikah je, skrg dah orang lain-lain. (haha..kantoi Iman)
D: Akik ada makwe tak?
N: Akik ada makwe. hehe..(muka senyum malu-malu)
D: Hah..?? yeke! Macam mana Akik tau dia makwe Akik?
N: Akik tau la. Akik cakap Akik love dekat dia.

Wah! ada kelas!

D: (aku mengekek ketawa. Kak Nor plak mengilai dengar. Over tau)
D: sape nama makwe Akik?
N: Dien Teng.
D: Oh, cina ye. Comel tak?
N: Comel, mcm Nakik. (haha,perasan!)
D: Nape Akik nak love dia?
N: Sebab nanti 7 years old kan skolah lain-lain, nanti Akik tak jumpa dia dah sebab tu la Akik love dia. Hmm... Akik nak kawen dgn Dien Teng la.
D: hah!!!!!! (ko bayangkan, budak 6 tahun si kenit ni ada terpikir dia nak kawen? hahahha. jauh btol dia pikir, sebabnye nanti darjah 1, masuk skolah lain-lain. cuba bayangkan!)

D: Nanti kan duduk skolah lain, rumah pun duduk rumah lain. Kalau rindu macam mana?
A: Akik call je la.

Aku pun layan je la si Naqib ni punya imagination. Macam2, sampai masuk bab nak kawen kat mana, nak pakai baju ape. Haha. yg bestnye, dia siap ckp, Akik nak pakai baju mcm Abang Kiman pakai masa kawen, tapi nak kaler blue. Dien Teng pakai skirt mcm Kak Dia pakai tapi kaler pink. hahha. comel.. Malas nak taip panjang2.

Tunggu la mama dia balik, aku nak citer kat Acik. Mmg klako giler. Muka dia siap konfiden lagi bgtau dia nak kawen. tu yg tak tahan tu.
Aku citer la kat Kak Ja malam tu, hahaha Kak Ja pun mengekek gelak.

Khamis, 10/3:

Macam biasa aku gi ambil Naqib kat skolah, by the time aku sampai, sedang elok budak-budak baru habis kelas. Comel je sume kenit-kenit beratur duk kat kerusi kecik. Naqib plak teacher dah hantar naik kereta.

D: Akik, mana satu Dien Teng? ada tak kat kusi tu?
N: (cari-cari) Ada! Tu, yang rambut panjang tu, pakai beg pink
D: Nakik tata la kat dia.
N: Bye bye!!! (lambai-lambai)

Memang comel sgt dia. Geram aku tgk. Dien Teng pun lambai smula kat Nakik. Sambil senyum dan aku tgk dia pun rongak takde gigi atas sama macam Naqib! LOL!!!!! hahahahha.. Cinta perlukan persamaan walaupun sedikit. kih kih kih...

Hari-hari habis skolah pagi nak makan nasik dgn ayam k-eh-ci je budak ni.

Sebab apa? Sebab boleh dapat meynan!

Lepas lunch nak pegi lepak tgk laut pulak.

Selok dpt panjat pokok. Lol


Dedicated to Kak Ong & Aja. :)

Ini plak dia bergolek-golek kat atas rumput kat TC. Ah, gasak ah baju kotor ke tak, janji dia happy. Biar terkena kotoran demi pengalaman, tak gitu? Yang bagus nye skolah pagi yg Naqib pegi, skolah agama. Banyak zikir yg dia blaja. Hari-hari lepas makan kfc kat TC, dia mesti nak tgk laut dulu. Sambil main kereta free kfc bagi, dalam diam slow je mulut dia berzikir. Subhanallah. Sejuk hati Mama :)

3 comments:

Radin Fadli said...

hehehe great entry dya, I missed this little fella ;/

Unknown said...

bongok. ko sengaja menyakitkan hati aku. aku kena pikir 100 kali nk tinggal hussien dgn ko. nanti berparut anak aku.. huh...

Asma Azuani said...

cutee......sangat babe! anyway, both of you will be a lovely parents one day nanti, insyaallah =)