Si Permata Hati

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Thursday, June 30, 2011

One of the brightest Stars... ep 1

Kawan-kawan rapat pasti tahu tentang foster mom aku, Barbara. Masa pergi exchange student dulu pun umurnya sudah 71 tahun. Masa mula-mula dapat surat dari AFS, terkejut jugak aku sebab bakal keluarga angkat ku ialah seorang wanita umur 71 tahun, tinggal seorang diri di Kaitaia, New Zealand.

Barbara sendiri ada hantar welcoming letter untuk aku dan beberapa keping gambar. Ikut surat dia tu, dia cerita tentang dirinya yang sangat aktif dalam clubs and organisations, from hiking, dancing, SERVAS, Forest and Bird Club. Wow! never thought she would be that active at the age of 70s kan.

Tak kenal maka tak cinta.

Lepas habis SPM dan 2 hari sebelum Aidilfitri, aku dan 4 orang kawan yang terpilih utk Intensive Program terbang ke NZ dengan macam-macam perasaan. Tiba di Auckland, kami berpecah mengikut haluan dan tempat yang dah ditetapkan. Untuk aku, aku mesti ambil flight lagi satu dalam 2 jam lebih perjalanan. Little did I know, aku kena naik kapal terbang yang hanya muat seorang pilot dan 3 orang penumpang sahaja! Masa tu jet lag, tak sempat nak rasa seram naik kapal terbang kecil. Rasa tertido kot dan terlepas nak ambil gambar pemandangan!

Sesampai dan mendarat di Kaitaia, Barbara dah tunggu. She looked younger than the picture that she sent to me. Mmg sangat energetic. Melambai-lambai dari jauh dan senyuman ikhlas buat aku tenang. Naik je kereta, mak aih, dia boleh bawak manual! Siap laju lagi tu. Ingat lagi waktu tu, english aku rasanya macam ok-ok je. Nak ada conversation dengan dia mmg agak awkward la tapi dia ok. Dia cakap pun sebutir-sebutir dan mudah faham. Alhamdulillah, day by day, Barbara selalu betulkan pronunciation aku dan aku pun selalu je tanya. Siap bawak kamus ok!

First time sambut raya di perantauan. Kalau sampai awal sikit pasti boleh hantar gambar masuk paper. hihi.. Second day kat sana, kami pergi bbq rumah Ketua wakil AFS di Kaitaia. Dengan berbaju kurung hari raya, first time aku rasa sangat bangga sebab mereka suka baju kurung dan mmg first time la dorang tgk kan. Berkenalan dengan beberapa exchange student yang tinggal di utara juga.

Mula-mula masuk rumahnya yang kecil tetapi selesa memang sgt tenang. Rumahnya tiada TV, computer atau apa-apa gadget yang canggih. Hanya ada 2 bilik tidur, 1 stor, 2 bilik air, dapur, garage dan back garden yang penuh dengan bunga warna warni. Tingkap dapurnya pula, boleh nampak padang bukit bukau seluas saujana mata memandang. Ah, rindu pula suasana hijau itu.

Sangat friendly dan mmg sentiasa bantu aku kalau ada masalah. Mula-mula malu juga, tetapi bila 4-5 hari di rumahnya dan mmg rasa seperti layanan seorang ibu, aku mula selesa dan kurang sedikit rasa malu. Barbara rajin memasak. Sentiasa ada sahaja resepi makan malam yang special. Aku ke sana waktu summer, so sekolah pun cuti. AFS dah sediakan aktiviti sekiranya foster family tidak ke mana-mana atau hari-hari biasa, kami sebagai pelajar kena buat volunteer work. Untuk aku, aku ditugaskan untuk volunteer di sebuah taska. Dari umur 3 bulan sampai ke 5 tahun. Syukur, mujur lah aku jenis suka budak-budak tapi mula-mula sukar utk berkomunikasi. Maybe english aku tunggang langgang, budak-budak cakap "hey, you talk funny!" Oh, malu sendiri. Oleh sebab mereka tak kenal lg dunia luar, budak-budak assume aku ialah dari Jepun. (ada Japanese look rupanya) hehe

Kalau Barbara tak ke mana-mana, pagi-pagi aku akan berbasikal ke Childcare Center tu. Siap dengan helmet, oh, sangat lah oversea. hihi.. Setiap hari pasti Barbara bekalkan dengan lunch box. Melalui dia lah aku kenal dan mula makan asparagus gulung bersama roti, avokado cream sapu pada roti, homemade yogurt, lasagna dan mcm-mcm lg makanan simple tapi mmg berkhasiat. Oh, Barbara ialah vegetarian tapi makan ikan (beberapa jenis je) so aku mmg takde masalah untuk makan di sana. Ingat lagi Umi ada kirim ikan sardin dan beberapa paket megi kot-kot anak dia kebulur kat tempat orang. First week nak settle down mmg duk makan megi. Barbara pernah bekalkan megi yg dah siap rebus kat aku utk gi kerja. Habes kembang. Haha!

Setiap Hari Selasa malam, kami pergi ke club house utk Scottish Dancing. Barbara bagi pinjam kasut khas untuk menari. Siap pakai skrit. Me with skirt? yeah, waktu di sana sahaja aku berskirt, bunga-bunga lagi tau khas utk menari. Majoriti ahli dah berumur. Tiap minggu mesti masing-masing bawa makanan utk supper lepas menari. Barbara ada dancing friend, Chris. Kadang-kadang Chris dinner di rumah kami dulu then pergi menari. Sepanjang aku di sana, ada la 4-5 kali kami pergi karnival, kadang-kadang out of town dan ambil masa lebih 2 jam utk sampai. Pasti naik kereta Chris dan bila sampai dah tentu aku cultural shock kan. Sangat ramai rupanya ahli Scottish Dancing ni kat North Island. Berkumpul ramai-ramai, pakai baju khas utk menari dan berhibur. Cool kan. oh, rindunya...

Barbara juga yang bertanggungjawab ajar aku main mahjong. Hari Rabu atau Khamis, ada la 2-3 orang kawan dia datang rumah untuk main. Kadang-kadang kalau aku tak pegi Childcare Center, aku join la skali. Utk aku special sket, aku leh tgk buku. Oh, jgn risau, tiada perjudian berlaku, hanya suka-suka uji minda sahaja. Best tau mahjong ni!

Malam-malam kalau tak ke mana-mana, lepas dinner, kami akan baca novel. Ruang tamu rumahnya di kelilingi rak buku. Kan takde TV, so baca buku. Being typical Malaysian, aku tak diterapkan sangat dengan budaya membaca. Tapi di rumahnya, aku terus jatuh cinta sama buku. Masa zaman aku ke sana, tengah sibuk dengan Lord of The Rings. Barbara suruh aku baca novel tebal itu. Oh, lepas 5 muka surat terus mengantuk. Satu pun tak paham. haha. kelakar. Kami pergi tgk wayang di The Swamp Palace. Pawagam kecil utk komuniti di sana. Kalau takde show, bleh bertukar jadi badminton court, kalau ada show jadilah pawagam. Hebat kan. As a Kiwi (New Zealander) sudah pasti lah dia sangat bangga dengan LOTR sebab semuanya berlakon kat negara dia kan. Aku selalu kirim poskad atau surat utk family dan waktu tu semua stem ada gambar karakter LOTR. Sgt cool. :)

Barbara juga ada beach house. Sebenarnya itu milik anak lelakinya, Murray, tapi sebab anak dia tak duk NZ so dia bertanggungjawab utk tengok-tengok kan rumah tu. Kalau hujung minggu, pasti kami ke beach house. Oh, rumah menghadap laut, depan rumah selalu ada caravan utk orang ber-camping di atas padang menghadap laut biru. Kalau kami ke sana, kadang-kadang org camping di depan rumah akan datang dan makan di rumah, kadang-kadang tumpang bilik air. Barbara sangat cintakan swimming. Memang waktu tu summer tapi bg aku orang Asia sejati dah rasa sejuk wo. Dia selamba je gi berenang. Tapi kawan-kawan dia pun ada cakap Barbara is known to be a swimmer all year round. Tak kira la summer or winter. Pantang nampak laut. Dalam kereta mesti spare bikini. Yeah, dia pakai bikini ok. :p Pernah kami pergi berjalan-jalan dan laut nampak best je, Barbara berhenti kereta, salin bikini dan terjuuunnn... Memang dia selalu ajak aku, tapi me being kambing, oh sangat takut air. Masa duduk beach house tu rasanya 2 kali je kot aku masuk laut. huhu

Every alternate Saturday evening pula kami hadiri Old Time Dancing. Yang ni ada la tango, dan beberapa tarian yg aku dah lupa namanya. Kat sana jugak belajar menari tarian yg asing bagi aku dan berkenalan dengan kawan-kawan baru. Sudah tentu Chris ada bersama. Yang bestnya ada pot luck dan lucky draw. Me being special, sudah tentu orang nak berkenalan, dan pernah satu malam tu sebenarnya aku tak dapat pun lucky draw tu, tapi ada kawan Barbara dapat sepasu bunga ros segar, trus dia hadiahkan utk ku. Wah, so sweet.

Tiap pagi Ahad pula ada Flea Market. Macam pasar tani kat sini la. Banyak barang murah, tak kira makanan, kain baju, pokok-pokok, haiwan pun ada orang jual! Syok kalau pergi situ. Dapat beli baju murah-murah dan cantik. Barbara selalunya beli sayur-sayur dan buah-buah segar mcm sweet corn, sweet potatoes, tomatoes, capsicum etc.

Barbara juga ahli kelab Bird and Forest dan masih aktif, so selang seminggu pasti ada walk in the jungle. Kali ni dapat kawan baru lagi. Walaupun ramai yang dah tua, (55 tahun ke atas) dorang sume sporting. Memang la rasa, eh kawan-kawan aku sume orang tua tapi semangat mereka yang penting. Kalau dilihat golongan warga emas negara kita lepas pencen mesti sakit, atau duk rumah, berkebun (no offence) tapi mereka masih aktif berjalan, masuk hutan, dan umur bukan penghalang. Bagi dorang orang tu betul-betul dianggap tua bila cecah 85 tahun dan tak boleh buat kerja sangat dah. Patutlah sihat-sihat dan panjang umur sahaja mereka ni kan.

Masa hari Chrismas, Dave & Allison (suami isteri) Barbara's walking close friends ajak kami panjat bukit. Mereka bertiga bukan Cristian so mereka ambil cuti Chrismas sebagai cuti umum je. Wah, masa tu aku baru 17 tahun tapi rasa sangat malu dengan mereka yang selamba rock je berjalan panjat bukit bukau, dari tanah merah, ke rumput ke jalan berbatu-batu sepanjang lebih 13km. Aku dah semput tak bercakap dah. Dorang rileks je, teruskan perjalanan. Destinasi tujuan hanyalah utk tengok the other side of the hill dan turun ke bawah utk swimming satu round dan pulang ke pangkal jalan. Dah habis tu, kami ke beach house di Rangiputa. Aku masuk rumah, baring atas couch and trus padam lebih 2 jam! Barbara mcm biasa pegi berenang dulu, Dave & Allison gi duk bercanda tgk laut. Malu wo! Nampak sgt orang muda jarang excersice, stamina zero!

Sambutan New Year pun sgt meriah. Kami ke KeriKeri utk tgk bunga api. Bermalam di rumah kawannya utk 2 malam. Tuan rumah tiada, tapi tinggal kunci rumah kat kami. Bestkan. Kalau di Malaysia kita mesti sambut dengan persembahan kebudayaan dan tarian. Sama juga di NZ, mereka bangga dengan budaya Etnik Maori. Kalau mat saleh dipanggil Pakeha, kalau Maori dipanggil Maori. Tapi kalau nak refer kepada citizen, mereka lebih senang dipanggil Kiwi, ye mcm burung dan buah kiwi tu. :)

Barbara juga aktif dengan SERVAS. Kalau korang jadi ahli SERVAS sgt untung lebih-lebih lagi kalau suka travel abroad. Korang leh tumpang tidur di rumah ahli SERVAS for free. Mereka menawarkan khidmat tempat tidur dan kadang-kadang makan or lebih untung kalau tuan rumah bawak berjalan. So, jimat dah tu. Bleh save duit dan kenal budaya baru kan. Barbara salah seorang ahli SERVAS dan waktu aku di sana ada la beberapa orang ahli SERVAS yg datang tidur di rumah kami. Ada yang dari Prague, US dan beberapa negara lain lagi. Best kan? Kalau ada tetamu, kami akan masak special. Selalunya tetamu tu akan datang sendiri sama ada naik taxi atau hitch hike.

Oh, Barbara sangat cintakan alam. Dia juga ada bela kucing yang macam Garfield tu, namanya Roly dan waktu aku di sana umur Roly dah 9 tahun! Besar dan gemuk dan berat dan gebu! Malam-malam waktu kami membaca Roly mesti duk atas lap atau berlingkar di kaki Barbara. Waktu tidur plak dia tidur hujung katil dan kadang-kadang masuk selimut Barbara. Pandai kan kucing tu. Kalau kami ke luar bandar, jiran akan datang tolong bagi makanan untuk Roly. Memang nampak simple tapi bagi aku, semangat tolong menolong dorang sgt bagus. Kadang-kadang juga kalau kami pergi vacation bila balik rumah dah ada satu jar jem buah. Tak kira la raspberry ke, strawberry ke, buah tangan dari kawan-kawan Barbara. Sweet kan mereka.

Masa cuti hujung tahun aku sempat kenal dengan anak perempuan Barbara, Sabrina. Sabrina dan keluarga akan datang bercuti tiap kali hujung tahun dan jumpa Barbara. Dia dan keluarga tinggal di Australia. Sabrina berkahwin dengan lelaki Greek dan ada 2 anak perempuan, Julia (9 tahun) & Genevieve (5 tahun) . Masa jumpa mereka di beach house memang sgt seronok. Suami Sabrina memang sgt kelakar, dan anak-anak dia excited jumpa aku. Dorang pernah pergi Sabah so dorang tau la sket-sket budaya Malaysia. Petang-petang di beach house mesti kami pegi ke kedai dan makan hoki poki ice-cream (local taste ice-cream) dan jalan-jalan tepi laut. Bila cucu-cucu Barbara datang best jugak sebab dorang banyak tanya itu ini dan manja. :)

Kalau pergi masuk hutan aku selalu takut-takut, yelah hutan kita macam-macam ada. Kang tiba-tiba kena ngap dengan rimau, ke ular ke tak ke haru. Rupanya hutan di NZ tiada ular dan harimau. Yang ada dan sgt banyak ialah pokok fern (kebanggaan mereka) dan burung-burung. Barbara siap belikan buku khas mengenai burung lagi utk aku. Kalau masuk hutan dan jumpa burung, bleh le refer buku. Oh, how I wished to own a DSLR during that time. Pasti bleh fokus dekat-dekat. Zaman 2001-2002 mana famous lagi digicam ni, pakai kamera tikam jer. Banyak wo beli filem. Haha, kelakar plak bila ingat-ingat balik. Dah balik Malaysia, haa mendapat lah nak cuci semua gambo tu. Dekat RM200 jugak rasanya. Mujur Abah sponsor. hehe

Oh, aku juga pernah pergi ladang lembu utk perah susu! Kira ada la pengalaman tgk dari dekat cara moden perah susu lembu. Sempat juga ke ladang kambing biri-biri utk tgk mereka shave bulu kambing. Seronok! Waktu-waktu lain sempat juga kami buat community service macam bersihkan jalan atau cat pasu-pasu tepi jalan. Ke pantai for evening walk, bawak plastic dan kutip sampah-sampah, takpun saja je pergi rumah orang tua-tua dan bg makanan. :)

Kadang-kadang we found pleasure by doing puzzle. Buat atas kotak besar atas meja makan. Pernah jugak kami pinjam puzzle dari library selama 2 minggu. Gambar kotak lain, gambar outcome lain. Memang sgt mencabar tapi puas hati dapat siapkan. Bestkan library mereka.

Oleh kerana Chris rajin tgk internet sebab dia pun memang ada kedai computer, so dia sentiasa update kami dengan aktiviti sekitar North Island. Mana yg kami boleh pergi, kami pergi. Barbara jugak suka bawa aku pusing-pusing tgk muzium dan tempat mula-mula Capten Cook sampai NZ. Masa tu Maori masih belum pandai cakap english. So, first settlement utk European banyak jugak la kat sekitar North Island tu.

Kalau nak cerita pengalaman ni, mmg takkan habis. Aku bersyukur dapat duduk dengan Barbara sebagai ibu angkat aku di sana. Umur bukan halangan, malahan aku rasa dia dah macam nenek aku sendiri. Cool kan, nenek aku mat saleh. hehe... Dia banyak ajar aku pasal budaya, cintakan alam, recycle, dan mcm-mcm lgi. Dan bila pulang ke sini, alhamdulillah, ada rezki sambung belajar dalam English & Literature. Bukan main excited lagi Barbara. Selalu encourage aku utk enjoy life etc. Kami memang selalu berkirim surat dan poskad. Dia mmg rajin update pengalaman dia yg memang sentiasa mobile ke sana sini pergi hiking, camping dan happy dengan Scottish Dancing club dia. Setiap tahun memang takkan missed hantar kad birthday utk aku. Korang still dpt kad harijadi ke sekarang? for me, yes, I've got the actual b'day card. :) tak main la wish ikut FB FB ni. kihkihkih

Tiap kali hantar surat pasti dia lekatkan sticker comel-comel dekat sampul dan selalu je ada cenderahati kecil terselit dalam surat. Bila reply surat dia semula, pasti dia bawak surat aku dan tunjuk kepada kawan-kawan rapat dia yg sempat aku kenal. So sweet. :)

Barbara, yes, she is one of the brightest STARS and I love her so much.

3 comments:

Asma' Umm Hudzaifah said...

i like!! i think u mentioned Barbara to me when we were kids (eh, i mean masa buat degree):D peluang da'wah ni, i have a good book for non-muslim.if u want i can post to you and you to her :D

kimiqisyaiqa said...

cite betol ke ni yana?

diana ghazali said...

Thanks dear Asma'. Appreciate it a lot. :)

Kimi: Yela, mak angkat aku. :)